I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 29 February 2012

Kesian Badrolamin...Dah Nasib Badan...

Tak habis dengan kontroversi Badrolamin yang ditangkap KHALWAT oleh JAIP di Kuantan, kini pulak tersebar laporan polis yang dibuat oleh isterinya sendiri akibat dipukul dihadapan anaknya pada tahun 2005. Apa kata orang-orang tua, sudah jatuh ditimpa tangga...


teruk betul perangai Ust. Badrolamin. Inilah rupa pemimpin PAKATAN RAKYAT yang boleh merosakkan rakyat...



Thursday 23 February 2012

Rakyat Gembira Dapat Menerima Bantuan BR1M






Kerajaan BN telah membuktikan bahawa apa yang dijanjikan akan dikotakan demi kesejahteraan rakyat terutama di DUN Ayer Kuning. Baru-baru ini di Dewan Serbaguna Kg. Sungai Kroh telah menggadakan majlis penyampaian baucer BR1M kepada penerima-penerima yang seramai 160 orang terdiri dari Kg. Sg. Kroh, Kg. Hj. Dahalan, Kg. Tengah, Kg. Sg. Lseong dan Kg. Sg. Kurung. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato' Shamsuddin bin Abu Hassan iaitu ADUN Ayer Kuning merangkap Ketua UMNO Bahagian Tapah. Penerima-penerima tersebut bersyukur kerana mendapat BR1M dan dapat beramah mesra dengan wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan disenangi tidak mengira kaum apa sekali pun. 

Monday 20 February 2012

VETERAN KOMANDO MALAYSIA (KVKM) PERAK MENYAHUT SEMBOYAN PERANG!

Pagi ni sempat sekupang menyinggah sekejap ke Hotel 
Hillcity bila seorang sahabat memberitahu bakal ada 
mesyuarat kelab Veteran Komando Perak. Memang teman 
nak sangat tengok wajah-wajah pejuang yang masih 
sayangkan negara dalam keamanan.


Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato' Shamsuddin 
bin Abu Hassan. Komer sepatutnya rasa macamana veteran 
komando ni bila menyanyikan lagu gerak khas. Meremang 
bulu roma bila mendengar suara-suara sebaya ayah-ayah 
kita dengan bangga perjuangan mereka tanpa minta 
sebarang imbuhan sebaliknya keamanan yang kita kecapi
sekarang adalah hasil dari pengorbanan mereka.


Veteran Baret Hijau Perak adalah diantara negeri yang
paling hebat mendapat tentangan diantara negeri oleh 
Komunis yang kini ada pulak yang nak mengagungkan 
kommunis demi kepentingan serta kemenangan parti.
Teman cukup tertarik bila Dato' Shamsuddin memulakan 
ucapan ' Saya amat gementar bila berhadapan dengan 
tuan-tuan bila nak berucap, kerana apa... Saya 
sebenarnya berdepan dengan pejuang, wajah-wajah 
inilah yang memperjuangkan negara dalam keamanannya' 
bagi teman inilah sebenarnya ertikata pejuang bangsa 
yang sebenarnya,bagi teman dapat semangat dema pun 
jadiler...Tak sebagai komando tapi sebagai komando 
perang siber... 
InsyaAllah

Sunday 12 February 2012

TERIMA KASIH DS NAJIB



Apa yang susah sangat hendak mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah atau sumbangan? Ini yang menimbulkan tanda tanya kepada penulis apatah lagi mendengar nasihat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dalam satu majlis.


Dalam ucapannya, Dr Rais meminta rakyat yang sudah menerima BR1M itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyerahkan baucar kepada mereka. Jangan ambil terus, tidak pandang kepada pemberi dan terus berlalu. Ini katanya bertentangan dengan usaha KPKK untuk menggalakkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat.


Oleh itu, mulai sekarang, mereka yang menerima BR1M perlu mengucapkan terima kasih kepada pemberi pada hari itu sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau sesiapa saja yang menghulurkan bantuan daripada kerajaan kepada rakyat.


Bagi sesetengah pihak perkataan 'terima kasih' itu kecil dan tidak perlu diucapkan tetapi ingatlah bahawa amalan ini perlu ditanam di peringkat diri sendiri lagi agar segala bantuan dan pemberian itu diterima dengan rasa kesyukuran.


Seterusnya perasaan terima kasih ini diterjemahkan kepada keikhlasan kerajaan dan menyediakan peruntukan untuk rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000. Inilah pertama kali sejak merdeka idea untuk memberi wang tunai sebanyak RM500 dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak. 


Ini adalah rentetan kepada pemberian ikhlas kerajaan daripada pemberian RM100 untuk pelajar sehinggalah kemudahan asas untuk rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan pusat penjualan ikan 1Malaysia yang sudah tentu ditujukan kepada rakyat berpendapatan rendah.


Oleh itu, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pemberi BR1M. Jangan terpengaruh dengan sikap pembangkang yang menganjurkan, "orang beri kita ambil tetapi tidak perlu menyokong orang yang memberikan itu." Persoalannya mereka pula tidak memberi apa-apa selain janji kosong.

Thursday 2 February 2012

DILEMA AYAH CHIK

Salam 2 all.
Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang baru-baru ini yang menawarkan diri tidak mahu bertanding dalam PRU 13 mengundang pelbagai persoalan dan persepsi.
Adakah beliau benar-benar serius? Atau adakah ianya sekadar gimik politik? Atau adakah ianya sindirian kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih tidak mahu berhenti walaupun sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan? Atau adakah beliau sudah merajuk dengan dunia politik?
Ayah Chik! Itulah nama timangan dan panggilan “manja” untuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS. Siapa yang mengenali Ayah Chik pasti tahu bahawa beliau seorang pendiam. Ya, pendiam! Nampak garang dan tegas diluar, malah ada yang rasa gerun dengan beliau. Ceramahnya berapi, suaranya bak halalintar membelah bumi.
Tapi disebalik kehebatan dipentas ceramah, wataknya sangat berbeza bila bersendirian. Kalau berbual dan bersembang, jarang benar nak dengar suara keluar daripada Ayah Chik kecuali ayat yang perlu. Beliau lebih banyak tersenyum disebalik sumbing dibibir akibat jatuh semasa kecil dahulu. Beliau lebih gemar bersendirian, dan menjala ikan adalah satu kegemaran!
DUA AMANAT YANG BERBEZA
Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan “Amanat Hadi 1981” yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR
Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.
Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!
Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!
POLITIK DUALAM?
Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk”, seseorang yang “sudah terbalik kot”? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai “politik dualam”!!!
“Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR”!
“Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!
Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!
Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.
Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.
Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan “Amanat Hadi 1981”, akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan”, dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!
Tetapi sebaliknya yang berlaku. “Amanat Hadi 2003” menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai “cukup Islamik dan boleh didukongi”! Dan kesan “Amanat Hadi 2003” membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!
Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.
Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na’uzubillah).
DILEMA AYAH CHIK
Ini semua berlaku setelah PAS dibawah pimpinan Ayah Chik memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan menjadikan Anwar sebagai bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan BiaDAP-PKR-PAS dalam PRU 11!
Ini semua terjadi bila parti PAS pimpinan Ayah Chik diresapi oleh “parasit Anwarinas” yang sudah bersarang ditempat-tempat strategik didalam PAS. Sehingga sampai ke peringkat ulama’ muda dan tokoh Islam saperti Ustadz Nasharudin Mat Isa boleh tumbang dalam pemilihan Timbalan Presiden kepada tokoh yang kontroversi Mohd. Sabu dalam Muktamar Agong 2011!
Jadi cuba bayangkan perasaan Ayah Chik sekarang?
Daripada pejuang tegar sebuah Negara Islam yang mahu melaksanakan hudud dengan menolak Perlembagaan Persekutuan sebagai kafir, tiba-tiba menjadi orang yang menukar perjuangan Negara Islam kononnya atas alasan “tidak disebut dalam Quran”, dan menerima penolakan hudud oleh pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Dan akhirnya kini menerima dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan” dahulu sebagai “cukup Islamik”!
Tidak cukup dengan itu, pakatan sokongan dan dokongan parti pimpinan Ayah Chik menjadikan Islam sebagai "alat mainan politik", hingga Islam dilacurkan sehina yang teman percaya tidak pernah Ayah Chik terfikir!
Kalimah ALLAH digadaikan kepada kristian walaupun Timbalan Mursyidul Am PAS membantah dengan tegas dan keras, bai’ah talaq tiga kepada isteri dihalalkan demi menjaga kerusi dan jawatan, himpunan bersama umat Islam jadi 'haram', himpunan bersama kafir menjadi 'halal'.
Kafir harbi mengagihkan daging qurban sembelihan penyokong Ayah Chik! Kafir harbi berjoget robek disurau masjid naungan pendokong Ayah Chik! Komunis atheist di idolakan, pejuang kemerdekaan dibangsatkan! Malah sehingga ahli parti Ayah Chik ada yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi la’natullah! Semua itu berlaku dihadapan mata Ayah Chik, yang kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa!
Kemuncaknya ialah apabila Ayah Chik terpaksa membaca teks kenyataan yang disediakan untuk memecat pejuang yang sangat dia kasih dan sayangi, YB Datuk Dr. Hasan Ali. Tokoh pemimpin dan ikon gerakan Islam itu dikorbankan akibat mainan politik kotor dan sempit para parasit Anwarinas yang rakus mahu ke Putrajaya, yang melihat Hasan Ali sebagai batu penghalang kepada nafsu besar mereka!
Ayah Chik terpaksa memecat seorang ikon, tokoh dan aktivis Islam yang berjuang untuk memartabat, menobat, memuliakan, mempertahan dan membela Islam dan syariat Islam. Satu perjuangan yang sangat dekat dihati Ayah Chik! Hasan Ali menjadi mangsa rakus parasit Anwarinas yang sudah bersarang enak didalam PAS pimpinan Ayah Chik.
Melihat apa yang berlaku kepada Hasan Ali, Ayah Chik tahu ia boleh berlaku kepada Ayah Chik sendiri! Ia tidak mustahil!
Melihat airmuka Ayah Chik sewaktu membaca teks pemecatan Hasan Ali, jelas terbayang diraut wajahnya kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan!
Sebab itu teman tidak terkejut dengan kenyataan Ayah Chik baru-baru ini yang menyatakan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pada teman, itu hanyalah kesan semulajadi yang sewajibnya berlaku kepada Ayah Chik. Mungkin itu sebagai penebus kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan yang telah berlaku.
Cuma teman berpendapat pada peringkat ini Ayah Chik mempunyai tiga pilihan.
Pertama, Ayah Chik boleh terus bersama dengan para parasit Anwarinas didalam pakatan BiaDAP-PKR-PAS dan menelan sahaja segala maruah dan harga diri, dan persetankan segala perjuangan. Yang penting Putrajaya! Yang penting dapat kuasa! Yang penting dapat jawatan, habuan & kedudukan!
Tetapi teman yakin Ayah Chik tidak akan ambil pilihan itu. Kerana berbuat sebegitu sama saperti dia “kencing” diatas kubor para pejuang Islam sebelum ini, yang antara mereka mati terkorban kerana perjuangan yang diyakini! Ayah Chik tidak akan sanggup melihat darah Ustadz Ibrahim mengalir sia-sia! Ayah Chik tidak akan sanggup membiarkan airmata Ustadz Fadzil Noor menitis tanpa pembelaan!
Maka Ayah Chik punya pilihan kedua! Iaitu menjadi Saidina ‘Umar dengan memancung semua para parasitus Anwarinas dan bermufaraqah daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang telah merosakkan perjuangan murni Ayah Chik selama ini! Ini adalah tindakan yang akan menebus semua maruah dan harga diri Ayah Chik yang sudah tercalar-balar akibat persekongkolan dengan para parasit ini. Teman yakin kalau ini berjaya dilakukan, nama Ayah Chik pasti akan dicatat dalam sejarah sebagai Singa ALLAH!
Jika Ayah Chik tidak ada keberanian itu, maka pilihan ketiga yang ada kepada Ayah Chik ialah untuk mengundur diri secara senyap sunyi, membawa diri ke perkampungan Rusila, dan meneruskan kehidupan sebagai imam Masjid, dengan kuliah agama diselang-seli dengan khutbah di mimbar. Mungkin Ayah Chik boleh meneruskan hobi menjala yang menjadi kegemaran sekian lama!
Apa pun, sebagai orang yang pernah mendampingi Ayah Chik, pernah bersama dipentas ceramah, teman sedih melihat penghujung perjuangan Ayah Chik yang tidak kesampaian. Malah menjadi terbalik kong!
Addeneul naseehah – agama itu nasihat, sabda Rasulullah saw.
Sebab itu nasihat teman kepada Ayah Chik, sebelum mengambil sebarang keputusan, perbanyakkanlah solat istikharah, mintalah ALLAH memberikan pilihan yang terbaik untuk kesinambungan perjuangan. Pohonlah kepada ALLAH dengan doa saperti berikut, “Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada ku dalam membuat keputusan yang boleh membawa kebaikan kepada kehidupan ku, kematian ku, dunia ku, akhirat ku, ‘amalan ku dan ‘ibadah ku”.
Dan teman nasihatkan juga kepada Ayah Chik, dirikanlah solat hajat, mohon ALLAH memberi petunjuk adakah persekongkolan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ini sesuatu yang dirahmati ALLAH. Pohonlah kepada ALLAH supaya menunjukkan kebenaran, terutama berkenaan salahlaku seks & liwat Anwar Ibrahim.
Jika benar dialah manusia didalam videoklip rakan baiknya Datuk Eskay itu, jika benarlah Anwar telah meliwat Saiful, maka pohonlah kepada ALLAH supaya melaknat Anwar Ibrahim, menghancurkan persekongkolan dengan Anwar & BiaDAP, dan memberi jalan keluar yang terbaik buat Ayah Chik dan wadah perjuangan yang dibawa.
Dan Ayah Chik janganlah risau berdoa saperti itu, kerana contoh sudah ada bila Datuk Nik Aziz berdoa memohon supaya YAB Dato’ Sri Najib pecah perut!
Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberikan Ayah Chik petunjuk dan kekuatan - ammantu billah summastaqeem!
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Persaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu; dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul utusan ALLAH!

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...