I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 7 April 2013

FATWA NIK AZIZ YANG TERKINI...APA DAH JADI DENGAN ORG TUA NYANYUK NI...???


Nik Aziz kini membuat fatwa yang terbarunya iaitu TIADA PAHALA BAGI SOLAT ORANG UMNO. Inikah pemimpin PAS yang digelar Tok Guru dalam agama tetapi dengan kenyataan sebegitu rupa seolah-olah meminta orang Islam menjadi murtad.

PAS adalah parti yang tidak memperjuangkan agama Islam tetapi adalah mempergunakan agama Islam dalam politik untuk mendapat kuasa yang tidak akan kesampaian. Tan Sri Muhiyiddin membuat kenyataan PAS bukan Parti Islam SeMalaysia tetapi Parti Ajaran Sesat.

UMNO tidak pernah menolak Islam. Jika UMNO tolak Islam bermakna menolak Allah S.W.T. Apa bezanya solat UMNO tidak dapat pahala diatas parti yang dikatakan menolak Islam...??? Adakah orang UMNO bukan beragama Islam??? Nik Aziz sebenarnya sudah lama nyanyuk dalam politik sekarang ini yang makin moden dan milineum. 


Nik Razi adik kepada siTua nyanyuk Nik Aziz berdoa kepada Allah supaya menJAHANAMkan UMNO/BN dalam mengerjakan solat hajat di Stadium Kelantan yang lepas. PAS sudah tidak relevan dalam politik semasa di Malaysia ini. PAS mempergunakan Islam demi kepentingan individu yang inginkan kuasa untuk menjatuhkan orang Islam itu sendiri...






Monday 1 April 2013

LIM KIT SIANG INGIN TAWAN JOHOR...???


PRU 13 ini adalah sengit bagi semua parti dalam negara Malaysia ini. Penasihat DAP Malaysia ini berhajat bertanding dinegeri kelahirannya iaitu Negeri Johor Darul Takzim dikawasan Parlimen Gelang Patah. Dengan hasrat Lim Kit Siang itu membuatkan rakyat Negeri Johor menyokong beliau untuk menang kerusi tersebut dan berjaya memerintah Negeri Johor sepertimana Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP yang diterajui oleh anak kesayangannya iaitu Lim Guan Eng. 


Rakyat Negeri Johor tidaklah sebodoh Lim Kit Siang dan membenarkan DAP memerintah pentadbiran kerajaan negeri kerana Johor adalah kubu kuat BARISAN NASIONAL (BN). Jika Lim Kit Siang kalah dalam PRU 13 ini nanti dikerusi Gelang Patah bermakna terkuburlah karier politik anti Islam ini dalam arena politik Malaysia. 


Bukan senang Johor nak UBAH dan TUKAR sepertimana slogan pakatan rakyat itu. Pemikiran Lim Kit Siang tidak ubah seperti Nik Aziz yang sudah tua lagi nyanyuk. Sudah lama Lim Kit Siang ini berada dalam politik dinegara ini dari sejak tahun 1964 hingga kini. Taktik Lim Kit Siang ingin mendapat Negeri Johor kerana beliau ingin membentuk republik dan bergabung dengan Singapura menjadi satu negara serta Pulau Pinang. Tapi ia tidak akan menjadi...PERCAYALAH

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...