I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 4 February 2015

PASMA AKAN AMBIL ALIH TAMPUK KUASA DALAM PAS


Nampaknya permainan atasan pimpinan PAS sudah semakin kasar. Jika dulu kita hanya tahu mengenai golongan penentang dalam PAS yang dinamakan ANWARINAS merujuk kepada kumpulan pro PKR dan Anwar. Kemudian mereka beranikan diri untuk muncul satu NGO yang digelarkan PASMA. Kononnya ia hanya NGO dan tidak berniat nak melawan pucuk pimpinan parti PAS.

Itu kata mereka. Cuba kita fikirkan satu NGO seperti PASMA yang mempunyai susun galur tersusun dan terdiri dari satu puak yang sememangnya penentang kiri malah mempunyai ideologi berbeza dari presiden parti.

Untuk mengumpulkan kekuatan, sudah tentu ditubuhkan satu badan rasmi yang kononnya bukan parti. Kalau diwujudkan parti kedua selain PAS. Penentangan mereka nampak terlalu jelas dan terang. Ini kemungkinan besar pemimpin tertinggi PAS akan cuba membunuh karier orang PASMA lebih awal.

Walaupun ada pemimpin dalam PAS yang sedar mengenai keadaan ini namun masih ramai yang suka bermimpi indah dan membuat sesuatu bagi menyelamatakan parti. Bak kata oran, pro Ulamak ni lebih suka tipu diri sendiri.

Kini nampaknya segala perancangan mereka untuk mengambil alih parti PAS secara Halal sudah jelas didepan mata. PASMA mengumpul kekuatan sambil disokong oleh Dewan Pemuda PAS (sokong dalam diam) telah mula memberi signal kepada penyokong mereka untuk bertindak menyingkirkan Presiden PAS.



PASMA lebih disokong oleh orang muda PAS kerana mereka dianggap lebih keras dan sangat anti UMNO. Pemikiran lebih terbuka dan tidak kolot dan mempunyai perancangan yang lebih kehadapan berbanding pimpinan PAS sekarang yang dianggap kolot oleh mereka.

Selepas kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Dewan PAS, ianya seolah menghalalkan Presiden PAS ditukar. Kita percaya akan ada suara yang akan menyambut signal beliau kerana dalam PAS didalamnya ada golongan aktivis yang bukan pro Ulamak. Aktivis parti PAS sebaris dengan Mat Sabu, Mhafuz Omar, Mustaffa Ali, Husam Musa dan beberapa orang lagi.

Disebabkan itu, maka tidak hairanlah jika Ketua Dewan Pemuda PAS memukul gendang bagi memulakan kempen untuk singkirkan Hadi Awang dan sekaligus menamatkan penguasaan pro Ulamak didalam parti PAS.

Tapi percayalah, muktamar PAS yang akan datang semestinya hangat dan lebih-lebih menarik kerana kita dapat melihat sama ada parti yang mengaku Islam ini masih hidup atau merakan dikuburkan tanpa nisan oleh golongan PASMA...

No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...