I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 12 June 2011

ANUWAR IBRAHIM MESTI BERTOBAT - KARPAL SINGH is KING


TIDAK SIAPA MENUDUH SIAPA PELAKU SEBENARNYA TETAPI KENAPA PULAK PAKATAN RAKYAT TERUTAMA PAS YANG KUAT BENAR MELENTINGNYA. PKK TERTARIK DENGAN VIDEO DIATAS DAN MARI KITA SAMA-SAMA FIKIRKAN KESIMPULANNYA, DIMANAKAH KEBENARAN NYA PELAKU BUKAN DS ANWAR IBRAHIM?

Friday 3 June 2011

ALKISAHNYA DR ZAMBRY DAN CERITA BURUNG oleh YUSOF HARUN

Sudah agak lama PKK tidak menulis rencana baru kerana banyak tugasan yang tidak membolehkan saya menulis cerita baru. Sebentar tadi secara kebetulan bila berbual dengan rakan saya semasa program. sahabat saya bertanya apa ceritanya yang heboh dalam kebanyakan Blog-blog sahabat-sahabat Bloggers Perak Cyber Trooper pasal MB dan Burung. Saya terus menghantar SMS kepada Sekupang 2 bertanya apa kisahnya yang dalam Blog Sekupang 2?  Bro Blog Sekupang 2 Balas pendek saja SMS 'Baca Sinar Harian semalam - Yusof Harun' Secara Kebetulan di Pejabat ada Akhbar Sinar tersebut, sempat lah saya baca   hasil Karya Yusof Harun yang Tajuknya Dr Zambry & Cerita Burung di Perak
Apa yang menarik dalam penulisan Yusof sebenarnya seperti sebuah kisah benar perihal PERAK. Memang tepat dan sangat Benar seperti yang dimaksudkan penulis. PKK pun terfikir, dalam diam tak diam rupanya bumi Perak yang Aman ini yang di tadbir oleh kerajaan BN begitu pesat membangun dan tidak lagi Huru Hara seperti mana Pakatan Rakyat memegang kerajaan Negeri sebelum ini.PKK juga baru sedar yang rupanya Dr Zambry Kadir telah menerajui Perak Bumi Bertuah ini menjangkau 2tahun setengah. Kita boleh lihat hasil usaha dan Kerja keras beliau dimana sekarang betapa aman dan makmurnya Negeri kita. Kalau di imbas kembali keadaan huru hara sebelum ini menjadikan pelbagai pecah belah sesama sendiri, orang melayu dilihat bertelagah sesama sendiri,Satu kampung bermasam muka malah tidak terpinggir juga ada kes dalam satu keluarga yang berbalah kerana fahaman politik yang berlainan. dimasa yang sama juga PKK sendiri melihat Kaum Cina dan India yang lebih bertaut. Mereka seolah-olah sebagai pemerhati dan tukang ketawa dengan perpecahan oarng-orang melayu Lihat lah sendiri dan tanyalah pada diri sendiri, Apakah MCA, GERAKAN dan DAP berperang sesama sendiri? begitu juga MIC, Hindraf, PKR dan pertubuhan India yang lain.

PKK juga tertarik dengan salah satu baris diantara tulisan Yusof Harun:
DAP dilihat bernada kompromi, namun kenyataan Lim Kit Siang bahawa parti itu akan meletakan calon Melayu bertanding menimbul berbagai tafsiran. Ini kerana menyedari calon Cina tidak boleh menjadi MB, DAP memerlukan calon Melayu bagi memastikan ia tidak langsung bergantung kepada PAS.

Pada masa kedua-dua parti ini memperlihatkan silat catur, Zambry langsung tidak mempedulikan permainan politik mereka. Minatnya sekadar bekerja dan baru-baru ini MB ke-11 itu memberikan berita gembira dengan mengumumkan projek mega bernilai RM9 bilion iaitu pembinaan kilang memproses bijih besi. Sekali gus seperti menerima syor mantan Perdana Menteri yang mahu kilang seumpama ini dibina sejajar dengan konsep perindustrian yang menjadi “trademark” Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi PM
PKK percaya inilah sebabnya PAS setuju sangat dengan Pakatan Rakyat kerana kita sedia maklum bahawa PAS memang tidak akan dapat menerajui Perak sekiranya berseorangan. PAS juga yang paling corot dalam kedudukan Parti di Perak amat mustahil dapat memegang tampok pemerintahan Negeri perak dengan hanya ada 6 Kerusi berbanding 59 kerusi Adun yang dipertandingkan. Cuma dengan cara bersekutu dan membuang jauh Tujuan perjuangan yang konon nya mahu menjadikan Islam. Agama bukan lagi sensitif dan WAJIB buat mereka. demi kemenagan merebut Kuasa bersekutu dengan Kafir kini dihalalkan.

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...