I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 19 February 2013

PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat...???


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan rakyat dan tidak membawa sebarang kesan bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini. Dalam banyak keadaan PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatannya.

Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan. Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah untuk diguna pakai oleh yang bukan beragama Islam dan membiarkan kitab bible buat dalam versi Bahasa Melayu.

PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan parti politik PR. PAS seolah-olah lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja perintah dan tuntutan untuk dijadikan dasar rasmi PR. Desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti PAS kemudiannya cuba menunjukan kejantannya kepada DAP dan PKR merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulama nya yang bersidang yang lalu itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya dimata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. 

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin Ali itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama Islam itu sendiri. Menyedari situasi semasa PAS dalam PR sudah sama seperti BALACI dan PENCACAI yang sering diarah itu dan ini dan kini muncullah suara-suara lantang dikalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR. Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir disetiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwar Al-Juburi...

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...