Sekumpulan ahli-ahli PAS telah menganjurkan perhimpunan dihadapan ibu pejabat parti PAS itu di Kuala Lumpur semalam yang mendakwa Pengarah Plihanraya, Dr. Mohd. Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Presiden Parti PAS Hadi Awang.
Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzalilafadli Ibrahim itu menuntut Dr. Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatannya kerana cyba menggulingkan Presiden parti itu.
Dengan menaikkan kertas pemidang yang tertulis "PECAT HATTA DAN KONCO-KONCO" dan "KAMI DIKHIANATI HATTA RAMLI". Mereka berhimpun untuk menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat semalam.
Pakatan Rakyat dijadualkan bermesyuarat petang semalam juga dan pimpinan-pimpinan ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS akan hadir ke ibu pejabat PAS itu.
Semalam Noorzalilafadli menjemput media untuk hadir bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa PAS pusat meletakkan jawatan. Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama-nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan Ulama.
Hadir juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar senik diantaranya yang berucap dalam perhimpunan itu menuntut Dr. Hatta Ramli meletakkan jawatan...