Barangkali kepimpinan PAS tidak sedar tentang momokan pengundi-pengundi Melayu dan Islam di Teluk Intan tentang parti ini serta seluruh kepimpinannya. Bukan kerana parti yang memperjuangkan Islam ini tidak baik, melakukan dosa atau membawa lari sejumlah besar wang negara ke seberang laut tetapi kerana perangai sesetangah kepimpinan terutama sekali yang kiblat mereka Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang ditunjukkan sepanjang kempen PRK Teluk Intan.
PAS secara jujurnya tidak menghantar petugas yang ramai sepertimana PRK-PRK yang lalu. Sebaliknya PAS hanya menghantar sebahagian kecil anggota kempen terutama membabitkan jentera muslimat agar tidak dikatakan oleh DAP yang kita memboikot PRK ini dan enggan membangtu DAP apatah lagi DAP menampilkan seorang calon perempuan Melayu mewakili parti itu.
Dengan peruntukan kecil iaitu hanya sekitar RM15000 untuk jentera PAS berkempen bagi memenangkan DAP di Teluk Intan dan tidak banyak yang boleh dilakukan. Jangan pula ada yang berkata DAP sebenarnya sama seperti PAS tidak ada banyak duit. Justeru perbelanjaan perlu dilakukan secara berhemah dan PAS juga perlu berkorban untuk memenangkan DAP. Menang DAP bererti menang Pakatan Rakyat. Menang Pakatan Rakyat bererti PAS juga telah menang.
Hakikatnya ia tidak seperti yang digambarkan dan diberitahu kepada hali-ahli PAS sehingga sesetangah daripada kita lebih percayakan DAP dan PKR berbanding parti sendiri. Semua itu hanyalah memokan dan retorik semata-mata. Apa yang berlaku ialah semakin kuat DAP semakin lemahlah perjuangan PAS. Semakin banyak kemenangan bermajoriti besar yang diperolehi oleh DAP semakin longgarlah akidah kita kepada Islam.
Jangan fikir apabila Dyana Sofya memakai selendang dan bertudung ketika bersama-sama kita berkempen dari satu tempat ke satu tempat di Teluk Intan maka kita sudah boleh dibutakan dan dibodoh-bodohkan. Sedangkan ketika berkempen dihadapan masyarakat bukan Islam, calon DAP menunjukkan sikap liberal yang amat keterlaluan sehinggakan hukum hudud pun disamakan dengan hukum sekular bahkan dipandang lebih hina.
Sudah tiga orang pemimpin PAS membuat ulasan tentang aurat terbuka Dyana Sofya. Semuanya menghalalkan perbuatan Dyana Sofya. Hukum Islam tidak berpilih-pilih.
No comments:
Post a Comment