Ada satu masalah dengan orang yang bergantung kepada orang lain untuk survival dalam hidup bila orang itu jatuh, dia pun akan ikut jatuh sekali. Ini masalah dengan Rafizi sekarang. Selama hari ini dia macam anak emas dibelai oleh Anwar Al-Juburi sehingga dapat macam-macam keistimewaan termasuk catat jadi Setiausaha Agung walaupun dah menang jawatan Naib Presiden.
Dengan Anwar bakal masuk ke dalam, apakah Rafizi bersedia berhadapan dengan dominasi Azmin yang kian kuat setelah cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor tercapai.
Persoalan ini bila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan salinan email yang didakwa dihantar oleh Rafizi kepada Anwar dimana kandungannya jelas menunjukkan kebimbangan Rafizi keatas kekuatan pengaruh Azmin. Email yang sama juga memberitahu kita bahawa yang PKR pakat-pakat kata perlantikkan Azmin tidak ikut undang-undang tubuh negeri itu adalah datang dari Rafizi bukan peguam atau pakat perlembagaan yang bersepah dalam parti tersebut.
Satu Malaysia tahu Anwar sekarang ini sudah sampai tahap tepu. Bnayak benda dalam parti itu diserahkan kepada orang lain untuk menguruskannya dengan dia hanya masuk campur pada perkara-perkara tertentu sahaja seperti bila ura-ura jawatan bininya sebagai Presiden nak dicabar oleh Azmin.
Diperingkat Pakatan Rakyat pun sama. Anwar gagal selesaikan masalah dengan PAS sehingga kemelut Menteri Besar Selangor berpanjangan dan buat banyak kerosakan kepada imej Pakatan Rakyat yang rapuh itu. Dah lah itu pertubuhan haram pulak.
Tapi nasib Rafizi selepas ini (kalau Anwar ke dalam) belum tahu lagi macamana. Nak-nak dengan Azmin yang semakin mengukuh kedudukkannya. Agak-agaknyalah berbanding dengan benda lain, itulah yang paling Anwar runsingkan sekarang ini.