I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 13 April 2014

ALASAN PEMBANGKANG MENGALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH DALAMAN PARTI


Ketika seluruh dunia mendoakan para penumpang dan krew MH370, pihak pembangkang di Malaysia pula bertungkus lumus menangguk di air keruh. Sejak hari pertama kehilangan pesawat tersebut lagi dan pembangkang telah berusaha sedaya upaya untuk menarik perhatian media asing kepada mereka. Bimbang sekali pembangkang kalau-kalau pemimpin mereka pula hilang dari RADAR media massa.

Dalam usaha itu, kesepakatam antara media asing dan pembangkang jelas kelihatan dimana mereka sama-sama mempersoalkan kredibiliti kerajaan Malaysia. Hampir setiap hari mereka memburukkan kerajaan serta menimbulkan keraguan seolah-olah mereka mempunyai cara yang lebih baik untuk menangani kehilangan MH370. Entah bagaimana cara yang lebih baik itu pula tidak pula dapat mereka jelaskan.

Apa yang pasti setakat ini semua negara yang terlibat telah mengiktirafkan kecekapan dan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam melakukan segala yang termampu demi MH370. Namum dalam pembangkang menuduh kerajaan tidak cekap, lemah dan bodoh itu mereka juga menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat.

Soalan keita kepada pembangkang ialah bagaimana kerajaan yang tidak cekap, lemah lagi bodoh ini mampu menyembunyikan maklumat dari pakar-pakar dari 26 buah negara yang mempunyai berbagai-bagai teknologi paling canggih? Jika kerajaan mampu berbuat begitu tentulah kerajaan Malaysia hebat dan bukannya bodoh.

Sebenarnya tuduh menuduh dan tuding jari oleh pihak pembangkang ini hanyalah taktik mereka untuk menyembunyikan masalah dalaman parti masing-masing. Bayangkan betapa banyak isu pembangkang yang media terlepas pandang atau kurang memberi perhatian. Jangan kita sesekali-kali lupa bahawa pada ketika ini Ahli Jawatankuasa Pusat parti DAP masih lagi belum sah.

Oleh itu daripada LIm Kit Siang menyibuk membicarakan isu MH370 didalam blognya setiap hari adalah lebih baik beliau selesaikan dahlu masalah jawatannya yang masih belum rasmi. Sebelum bercakap soal teknikal mengenai sistem penerbangan, radar, saltelit dan pencarian MH370 ada baiknya Lim Kit Siang memastikan orang-orangnya pandai menggunakan komputer dan mampu mengira dengan baik agar kesilapan dalam mengira undi CEC DAP tidak berulang lagi. Tidak malukah DAP bercakap tentang batu nautikal dan frekuensi sedangkang mengira sehingga 2000 juga tidak reti?


Pada ketika ini, negeri-negeri jajahan pembangkang mengalami berbagai-bagai masalah. Pulau Pinang akhir-akhir ini sering saja mengalami banjir kilat yang teruk yang tidak pernah dialami sebelum ini. Semuanya berpunca dari pembangunan tidak terkawal sejak negeri itu diambil alih oleh DAP. Adakah DAP mengambil berat dan mencari jalan menyelesaikannya?

Selangor pula selain menghadapi krisis kepimpinan, turut mengalami masalah jerebu, bekalan air, denggi, sampah dan berbagai-bagai lagi. Adakah PKR mengambil berat dan mencari penyelesaiannya?

PKR pula berpecah tiga kumpulan antara Anwar, Azmin dan Khalid Ibrahim dan kini Anwar akan bertanding melawan Wan Azizah pula untuk kerusi Presiden PKR. Dimasa yang sama Anwar telah pun didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat untuk kali ke dua. Manakala sahabat karibnya Karpal Singh yang juga peguam ANwar turut didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap DYMM Sultan Perak.

Kita sebagai rakyat yang matang, kita tidak harus mengikut rentak permainan politik murahan mereka. Inilah masanya kita memaksa pembangkang kembali kepada realiti menghadapi masalah parti dan negeri serta menangani sebaik mungkin. Jika parti dan negeri caca marba dan tidak ketahuan hala tuju, apa kelayakan pembangkang untuk mempersoalkan pentadbiran dan pengurusan negara...???

No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...