I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 13 November 2012

PAS Bersubahat Membenarkan Umat Islam Murtad


Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa oleh Anwar Al-Juburi bukan lagi satu rahsia lagi. Walaupun Anwar masih berdolak-dalik dan tidak mahu berterus terang mengenainya tetapi setiap ungkapan, ucapan, tindakan dan perbuatannya menyerlahkan lagi pendirianya dalam soal ini.

Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu baik yang baik itu jahat. Antaranya amalan homoseksual, lebian, transeksual serta gejala pondan. begitu juga dengan seks bebas.

Untuk itu ajen, boneka, NGO, media dan barua atau balaci-balaci digunakan untuk mempromosikan idea ini. Anwar sebagai salah seorang pendokong fahaman ini dilantik sebagai BARUA dan dinamakan sebagai bakal pemimpin boneka bagi negara Malaysia.

Fahaman liberal Anwar diwarisi kepada Nurul Izzah iaitu anaknya yang juga bukan satu rahsia lagi. Ini menjelaskan kenapa pemimpin PKR berada dibelakang pejuang MURTAD seperti Ambiga dalam isu IFC serta turut cuba menutup isu murtad di Selangor. Malah kumpulan dan pemimpin yang memperjuangkan LGBT diseluruh dunia juga secara terbuka meluahkan sokongan kepada Anwar Al-Juburi dalam kes liwatnya. Sokongan itu juga adalah konsisten dengan kenyataan Anwar yang menganggap bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk.


Berdasar hakikat ini, kita tidak hairan dengan kenyataan Nurul Izzah yang merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk menghalang umat Islam yang ingin murtad. Kenyataan tidak berlapik ini dikecam hebat oleh beberapa pihak termasuk aktivis PAS. Namun, kenyataan oleh aktivis PAS bagi menyangkal pandangan Nurul Izzah tidak cukup.

Sebagai parti yang menggunakan Islam sebagai namanya dan ulama sebagai simbol kepimpinan, maka teguran atau kecaman terhadap kenyataan Nurul Izzah dilihat terlalu bersifat politik dan tidak membawa kesan.

Tetapi Nurul Izzah adalah pemimpin dalam parti sekutu PAS. Lebih dahsyat beliau juga adalah anak kepada bakal menjadi Perdana Menteri yang dipersetujui sendiri oleh PAS.

Ini bermakna kenyataan Nurul izzah bukan sahaja membawa pengaruhnya tersendiri tetapi ia juga merupakan kenyataan bapanya iaitu bakal Perdana Menteri dalam kerajaan Pakatan Rakyat jika memerintah negara ini. Maka pastinya kenyataan tersebut bakal dilaksanakan dalam pemerintahan PR nanti.

Hakikatnya PAS hanya ada dua pilihan, iaitu terus menjadi rakan subahat golongan ini atau meninggalkan mereka dengan keluar dari PR. Tiada jalan tengah lagi...


MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...