I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 27 November 2013

KENAIKAN GAJI MB, SPEAKER, TIMB. SPEAKER & ADUN YANG TIDAK MASUK AKAL


Persidangan DUN Negeri Selangor telah meluluskan kenaikan gaji semua ADUN negeri tersebut berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Dengan kenaikan gaji itu, Perghhh berasa hairan dan terkejut dengan gaji baru untuk timbalan speaker sebanyak 373.3%. Ini semua tidak masuk akal yang dibuat oleh kepimpinan pakatan rakyat Selangor. 


Lihat kenaikan gaji baru oleh pakatan rakyat Selangor yang mementingkan diri mereka sahaja dan bukannya mendahulukan rakyat. Kebajikan rakyat di Negeri Selangor langsung tidak ambil peduli dengan masalah air dan pembangunan rakyat. Inilah cara pentadbiran kerajaan pakatan rakyat mentadbir kerajaan. Gaji Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri rendah berbandingkan gaji MB Selangor. Ini baru jaga negeri belum lagi jaga Negara Malaysia.



Thursday 14 November 2013

ANWAR TAK LAGI MAMPU UNTUK MEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG


Kemelut dalaman parti-parti Pakatan Rakyat tidak ada kata sehaluan dan sering tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah. Antara ketiga-tiga parti pembangkang, PKR adalah parti yang paling junior dan paling rapuh di negara ini atau "The Weakest Link" walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum tetapi kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.

Ini yang menjadi faktor 2 ADUN PKR dari Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional. Wan Azizah cuba mempertahankan suaminya apa yang berlaku dalaman parti PKR. Kita tengok dan lihat rekod Wan Azizah sebagai Presiden PKR adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan suaminya iaitu Anwar Ibrahim.


Walaupun sudah 2 kali Anwar itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitnya adalah jelas sekali tetapi Wan Azizah menutup mata dan memekakkan telinga dan buat muka bodoh terhadap kebenaran. Menyokong dan taat kepada suami adalah 1 hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi Agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin negara ini.

Mungkin Wan Azizah masih menaruh harapan yang tinggi dan keyakinan bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri suatu hari kelak tetapi malangnya realiti peluang Anwar amat tipis. 



Wednesday 6 November 2013

KES JENAYAH TERTINGGI DI NEGERI SELANGOR


Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi berbanding negeri-negeri lain pada tahun 2013 ini. Sejumlah 32,348 kes setakat ini yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kes yang tertinggi iaitu dengan kesalahn pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah sebanyak 18,063 kes. Daripada jumlah indeks itu, sebanyak 6,523 kes merupakan jenayah bunuh, rogol dan samun dan selebihnya kes lagi merupakan jenayah harta benda iaitu kes curi, ragut dan pecah rumah.

Premis hiburan seperti kelab malam, mesin judi haram, pusat urut dan pusat hiburan haram banyak terdapat di Negeri Selangor berbandingkan Negeri Pulau Pinang. 


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak boleh lepas tangan dan perlu lakukan sesuatu mengikut kemampuan yang ada. Ini tidak, mereka menyalahkan 100% kepada pihak keselamatan negara dan Kerajaan BN.



MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...