I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 30 March 2015

HADI DIHENTAM AMK PULA...


Golongan ulama Pas terus diperangi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaru, Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara terbuka meminta Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meninggalkan parti itu. 

Desakan itu memandangkan Hadi Awang dilihat menjadi liabiliti kepada usaha pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang mesra UMNO. Pendekatan Hadi Awang itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang dan sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa yang sama, AMK melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Hadi Awang yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan. Seharusnya Hadi Awang perlu mengundurkan diri dan memberi ruang kepada pemimpin yang lain untuk menerajui parti Pas.

AMK akan mengambil peluang untuk mengungkit kesilapan Hadi Awang sepanjang memegang Ahli Parlimen Marang itu yang mengetuai Pas dan bekas Menteri Besar Terengganu. Hadi Awang perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam PRU-11 yang lepas ketika eranya.

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...