I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 21 October 2014

OKTOBERFEST ; NAK TAHU DUNGUNYA PAS, WAKTU INILAH...



Setiap kali ada artis luar negara yang datang mengadakan persembahan di negara ini, majoriti darinya akan disambut Pemuda PAS dengan demontrasi-demontrasi dihadapan pintu masuk konsert, membantah persembahan tersebut. Ada saja alasan, tak sesuailah, artis itu macam inilah, macam itulah dan sebagainya. Macam konsert Mariah Carey yang nak diadakan nantilah, dah PAS melaung-laung PAS meminta konsert tersebut dibatalkan atas alasan maksiat dan sebagainya.

Tapi bila pesta arak, Oktoberfest diadakan di negeri dimana mereka adalah salah satu pemenang kerusi terbanyak (disamping DAP), PAS tiba-tiba jadi DUNGU. Gedebung gedebang macam nak rak, tapi pesta 3 hari itu berjaya dilangsungkan tanpa kelibat PAS membantah mahupun berdemontrasi.

Kenapa??? Segan dengan pemimpin Pakatan yang ramai dalam itu ke atau MISS SORU ke atau apa...???


Padahal, terang-terang acara itu HARAM walaupun ada permit. Nak ikutkan persembahan artis luar negara itu pun ada permit juga. Tapi PAS peduli apa, demo tetap diadakan sebab isunya bukan ada permit tak ada permit. Tapi sebab agama. KONONnyalah.

Memanglah Oktoberfest ini untuk bukan Islam, tapi apa bezanya dengan buka kasino di Genting untuk bukan Islam juga kenapa PAS jadikan isu politik? Yang nak tengok konsert pun ramai juga bukan Islam, tapi kenapa PAS memekak?

Jadi penulis katakan, ini semua bukan sebab agama tapi sebab politik. Apa benda yang BN luluskan dan tak kena dengan PAS, dia pasti bantah. Sebaliknya bila apa benda pun yang Pakatan luluskan, walaupun tak kena dengan PAS parti itu tiba-tiba jadi bodoh macam tugu/kayu dan sebagainya.

Lebih kurang kesimpulan, PAS beramal bukan ikut agama tapi ikut parti.

Rakyat perlu ambil maklum atas perkara inilah antara sebab yang boleh penulis fikirkan kenapa ALLAH S.W.T. tak izinkan PAS menjadi pemerintah di negara ini walaupun didakwa memperjuangkan agama sebab PAS ini parti HIPKORIT.


Alasan PAS konon Oktoberfest ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan pun tak boleh dipakai sebab. Katakanlah penganjur Oktoberfest ini hendak adakan pesta arak di Kelantan dan disokong Kementerian Pelancongan, agak-agak PAS akan anjurkan ke sebab Kementerian Pelancongan sokong???

Tidak juga sebab permit akhirnya terletak di tangan PBT (sebut kerajaan negeri) pedulilah siapa sokong atau tidak. Jadi, berhentilah bagi alasan yang kurang CERDIK...

Monday 6 October 2014

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" TIDAK BOLEH DIHALANG


Menurut kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad penganjuran pesta arak "Oktoberfest" anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Negara Malaysia ini merupakan sebuah negara yang majmuk.

Sekalipun arak ini yang difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak ini bercanggah dalam Islam, namum penganjuran pesta ini oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang ia dianjurkan untuk orang yang bukan Islam.


Islam mengiktiraf bahawa arak ini tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka yang bukan Islam. Tambahan pula pesta tersebut akan diadakan yang majoriti bukan Islam. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik. Sebenarnya dosa syirik lebih besar berbandingkan arak, namum gereja dan kuil tetap dibenarkan untuk dibina, menurut katanya.

Tambah beliau, lebih 60% kawasan yang dianjurkan itu adalah bukan beragama Islam. Jadi tidak ada sebab untuk menghalang mereka menggadakan acara sebegitu rupa. Cumanya perlu ditegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu, kata beliaunya lagi.

Bolehkah sesetengah orang Islam tidak hadir ke pesta tersebut? Mesti ada orang Islam yang akan hadir ke pesta tersebut. Senang berkata-kata tetapi tidak ada tindakan untuk menghalang. Inikah dinamakan seorang pemimpin Islam dalam parti PAS seolah-olah menghalalkan pesta itu...Renung-renungkanlah...

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...