I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 27 November 2013

KENAIKAN GAJI MB, SPEAKER, TIMB. SPEAKER & ADUN YANG TIDAK MASUK AKAL


Persidangan DUN Negeri Selangor telah meluluskan kenaikan gaji semua ADUN negeri tersebut berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Dengan kenaikan gaji itu, Perghhh berasa hairan dan terkejut dengan gaji baru untuk timbalan speaker sebanyak 373.3%. Ini semua tidak masuk akal yang dibuat oleh kepimpinan pakatan rakyat Selangor. 


Lihat kenaikan gaji baru oleh pakatan rakyat Selangor yang mementingkan diri mereka sahaja dan bukannya mendahulukan rakyat. Kebajikan rakyat di Negeri Selangor langsung tidak ambil peduli dengan masalah air dan pembangunan rakyat. Inilah cara pentadbiran kerajaan pakatan rakyat mentadbir kerajaan. Gaji Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri rendah berbandingkan gaji MB Selangor. Ini baru jaga negeri belum lagi jaga Negara Malaysia.



Thursday 14 November 2013

ANWAR TAK LAGI MAMPU UNTUK MEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG


Kemelut dalaman parti-parti Pakatan Rakyat tidak ada kata sehaluan dan sering tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah. Antara ketiga-tiga parti pembangkang, PKR adalah parti yang paling junior dan paling rapuh di negara ini atau "The Weakest Link" walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum tetapi kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.

Ini yang menjadi faktor 2 ADUN PKR dari Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional. Wan Azizah cuba mempertahankan suaminya apa yang berlaku dalaman parti PKR. Kita tengok dan lihat rekod Wan Azizah sebagai Presiden PKR adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan suaminya iaitu Anwar Ibrahim.


Walaupun sudah 2 kali Anwar itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitnya adalah jelas sekali tetapi Wan Azizah menutup mata dan memekakkan telinga dan buat muka bodoh terhadap kebenaran. Menyokong dan taat kepada suami adalah 1 hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi Agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin negara ini.

Mungkin Wan Azizah masih menaruh harapan yang tinggi dan keyakinan bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri suatu hari kelak tetapi malangnya realiti peluang Anwar amat tipis. 



Wednesday 6 November 2013

KES JENAYAH TERTINGGI DI NEGERI SELANGOR


Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi berbanding negeri-negeri lain pada tahun 2013 ini. Sejumlah 32,348 kes setakat ini yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kes yang tertinggi iaitu dengan kesalahn pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah sebanyak 18,063 kes. Daripada jumlah indeks itu, sebanyak 6,523 kes merupakan jenayah bunuh, rogol dan samun dan selebihnya kes lagi merupakan jenayah harta benda iaitu kes curi, ragut dan pecah rumah.

Premis hiburan seperti kelab malam, mesin judi haram, pusat urut dan pusat hiburan haram banyak terdapat di Negeri Selangor berbandingkan Negeri Pulau Pinang. 


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak boleh lepas tangan dan perlu lakukan sesuatu mengikut kemampuan yang ada. Ini tidak, mereka menyalahkan 100% kepada pihak keselamatan negara dan Kerajaan BN.



Sunday 7 April 2013

FATWA NIK AZIZ YANG TERKINI...APA DAH JADI DENGAN ORG TUA NYANYUK NI...???


Nik Aziz kini membuat fatwa yang terbarunya iaitu TIADA PAHALA BAGI SOLAT ORANG UMNO. Inikah pemimpin PAS yang digelar Tok Guru dalam agama tetapi dengan kenyataan sebegitu rupa seolah-olah meminta orang Islam menjadi murtad.

PAS adalah parti yang tidak memperjuangkan agama Islam tetapi adalah mempergunakan agama Islam dalam politik untuk mendapat kuasa yang tidak akan kesampaian. Tan Sri Muhiyiddin membuat kenyataan PAS bukan Parti Islam SeMalaysia tetapi Parti Ajaran Sesat.

UMNO tidak pernah menolak Islam. Jika UMNO tolak Islam bermakna menolak Allah S.W.T. Apa bezanya solat UMNO tidak dapat pahala diatas parti yang dikatakan menolak Islam...??? Adakah orang UMNO bukan beragama Islam??? Nik Aziz sebenarnya sudah lama nyanyuk dalam politik sekarang ini yang makin moden dan milineum. 


Nik Razi adik kepada siTua nyanyuk Nik Aziz berdoa kepada Allah supaya menJAHANAMkan UMNO/BN dalam mengerjakan solat hajat di Stadium Kelantan yang lepas. PAS sudah tidak relevan dalam politik semasa di Malaysia ini. PAS mempergunakan Islam demi kepentingan individu yang inginkan kuasa untuk menjatuhkan orang Islam itu sendiri...






Monday 1 April 2013

LIM KIT SIANG INGIN TAWAN JOHOR...???


PRU 13 ini adalah sengit bagi semua parti dalam negara Malaysia ini. Penasihat DAP Malaysia ini berhajat bertanding dinegeri kelahirannya iaitu Negeri Johor Darul Takzim dikawasan Parlimen Gelang Patah. Dengan hasrat Lim Kit Siang itu membuatkan rakyat Negeri Johor menyokong beliau untuk menang kerusi tersebut dan berjaya memerintah Negeri Johor sepertimana Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP yang diterajui oleh anak kesayangannya iaitu Lim Guan Eng. 


Rakyat Negeri Johor tidaklah sebodoh Lim Kit Siang dan membenarkan DAP memerintah pentadbiran kerajaan negeri kerana Johor adalah kubu kuat BARISAN NASIONAL (BN). Jika Lim Kit Siang kalah dalam PRU 13 ini nanti dikerusi Gelang Patah bermakna terkuburlah karier politik anti Islam ini dalam arena politik Malaysia. 


Bukan senang Johor nak UBAH dan TUKAR sepertimana slogan pakatan rakyat itu. Pemikiran Lim Kit Siang tidak ubah seperti Nik Aziz yang sudah tua lagi nyanyuk. Sudah lama Lim Kit Siang ini berada dalam politik dinegara ini dari sejak tahun 1964 hingga kini. Taktik Lim Kit Siang ingin mendapat Negeri Johor kerana beliau ingin membentuk republik dan bergabung dengan Singapura menjadi satu negara serta Pulau Pinang. Tapi ia tidak akan menjadi...PERCAYALAH

Thursday 28 March 2013

TARIAN RONGGENG NURUL IZZAH...???


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan adegan anak sulung Anwar Al-Juburi iaitu Nurul Izzah yang membuat tarian ronggeng. Ntah malu atau tidak PKR kerana perangai dan tembelang Anwar sudah terdedah dengan klip-klip video yang berkaitan dengan Anwar dan Nurul Izzah tidak mungkin dapat menghilang pengetahuan orang ramai tetang Anwar dan anak perempuannya. Perangai buruk anak beranak itu tidak dapat dihilangkan dengan taktik melambakkan cerita dan persepsi kononnya mereka telah menjadi fitnah oleh UMNO/BN.

Tiada sesiapayang tidak tahu tentang kejalangan kedua-dua beranak itu. Hanya ahli-ahli dan penyokong-penyokong setia pencacai najis PKR sahaja yang masih berusaha membuat penafian sekalipun disudut hati mereka, pelakuan buruk dan moral rendah kedua-dua beranak.

Yang jelas sekali ia cuba mengaitkan UMNO/BN dalam klip-klip video yang akan bakal menjejaskan reputasi Nurul Izzah itu. Sebenarnya PKR sedang mengukuhkan kedudukannya bersama-sama barisan Azmin Ali.  Kumpulan menyokong Wan Azizah dan Nurul Izzah semakin terpinggir dan sedang ditransformasikan dengan kaedah yang amat gemar dilakukan oleh PKR iaitu hanyalah FITNAH...


Tuesday 19 February 2013

PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat...???


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan rakyat dan tidak membawa sebarang kesan bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini. Dalam banyak keadaan PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatannya.

Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan. Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah untuk diguna pakai oleh yang bukan beragama Islam dan membiarkan kitab bible buat dalam versi Bahasa Melayu.

PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan parti politik PR. PAS seolah-olah lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja perintah dan tuntutan untuk dijadikan dasar rasmi PR. Desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti PAS kemudiannya cuba menunjukan kejantannya kepada DAP dan PKR merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulama nya yang bersidang yang lalu itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya dimata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. 

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin Ali itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama Islam itu sendiri. Menyedari situasi semasa PAS dalam PR sudah sama seperti BALACI dan PENCACAI yang sering diarah itu dan ini dan kini muncullah suara-suara lantang dikalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR. Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir disetiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwar Al-Juburi...

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...