I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 13 April 2014

ALASAN PEMBANGKANG MENGALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH DALAMAN PARTI


Ketika seluruh dunia mendoakan para penumpang dan krew MH370, pihak pembangkang di Malaysia pula bertungkus lumus menangguk di air keruh. Sejak hari pertama kehilangan pesawat tersebut lagi dan pembangkang telah berusaha sedaya upaya untuk menarik perhatian media asing kepada mereka. Bimbang sekali pembangkang kalau-kalau pemimpin mereka pula hilang dari RADAR media massa.

Dalam usaha itu, kesepakatam antara media asing dan pembangkang jelas kelihatan dimana mereka sama-sama mempersoalkan kredibiliti kerajaan Malaysia. Hampir setiap hari mereka memburukkan kerajaan serta menimbulkan keraguan seolah-olah mereka mempunyai cara yang lebih baik untuk menangani kehilangan MH370. Entah bagaimana cara yang lebih baik itu pula tidak pula dapat mereka jelaskan.

Apa yang pasti setakat ini semua negara yang terlibat telah mengiktirafkan kecekapan dan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam melakukan segala yang termampu demi MH370. Namum dalam pembangkang menuduh kerajaan tidak cekap, lemah dan bodoh itu mereka juga menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat.

Soalan keita kepada pembangkang ialah bagaimana kerajaan yang tidak cekap, lemah lagi bodoh ini mampu menyembunyikan maklumat dari pakar-pakar dari 26 buah negara yang mempunyai berbagai-bagai teknologi paling canggih? Jika kerajaan mampu berbuat begitu tentulah kerajaan Malaysia hebat dan bukannya bodoh.

Sebenarnya tuduh menuduh dan tuding jari oleh pihak pembangkang ini hanyalah taktik mereka untuk menyembunyikan masalah dalaman parti masing-masing. Bayangkan betapa banyak isu pembangkang yang media terlepas pandang atau kurang memberi perhatian. Jangan kita sesekali-kali lupa bahawa pada ketika ini Ahli Jawatankuasa Pusat parti DAP masih lagi belum sah.

Oleh itu daripada LIm Kit Siang menyibuk membicarakan isu MH370 didalam blognya setiap hari adalah lebih baik beliau selesaikan dahlu masalah jawatannya yang masih belum rasmi. Sebelum bercakap soal teknikal mengenai sistem penerbangan, radar, saltelit dan pencarian MH370 ada baiknya Lim Kit Siang memastikan orang-orangnya pandai menggunakan komputer dan mampu mengira dengan baik agar kesilapan dalam mengira undi CEC DAP tidak berulang lagi. Tidak malukah DAP bercakap tentang batu nautikal dan frekuensi sedangkang mengira sehingga 2000 juga tidak reti?


Pada ketika ini, negeri-negeri jajahan pembangkang mengalami berbagai-bagai masalah. Pulau Pinang akhir-akhir ini sering saja mengalami banjir kilat yang teruk yang tidak pernah dialami sebelum ini. Semuanya berpunca dari pembangunan tidak terkawal sejak negeri itu diambil alih oleh DAP. Adakah DAP mengambil berat dan mencari jalan menyelesaikannya?

Selangor pula selain menghadapi krisis kepimpinan, turut mengalami masalah jerebu, bekalan air, denggi, sampah dan berbagai-bagai lagi. Adakah PKR mengambil berat dan mencari penyelesaiannya?

PKR pula berpecah tiga kumpulan antara Anwar, Azmin dan Khalid Ibrahim dan kini Anwar akan bertanding melawan Wan Azizah pula untuk kerusi Presiden PKR. Dimasa yang sama Anwar telah pun didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat untuk kali ke dua. Manakala sahabat karibnya Karpal Singh yang juga peguam ANwar turut didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap DYMM Sultan Perak.

Kita sebagai rakyat yang matang, kita tidak harus mengikut rentak permainan politik murahan mereka. Inilah masanya kita memaksa pembangkang kembali kepada realiti menghadapi masalah parti dan negeri serta menangani sebaik mungkin. Jika parti dan negeri caca marba dan tidak ketahuan hala tuju, apa kelayakan pembangkang untuk mempersoalkan pentadbiran dan pengurusan negara...???

Wednesday 2 April 2014

KHALID GAGAP MANGSA ANWAR AL-JUBURI SETERUNYA...???


Kita masih tidak lupa bagaimana pemilihan parti PKR pada 2010 telah berlangsung dalam suasana paling kotor sekali. Penyelewengan undi boleh dikatakan berlaku secara terbuka sehinggakan terdapat kawasan dimana jumlah pengundi tidak sama dengan kertas undi. akibatnya beberapa ahli dan pemimpin PKR telah meninggalkan parti PKR itu termasuklah Zaid Ibrahim yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR Pusat.

Apa yang berlaku pada ketika itu adalah manipulasi undi diperingkat tertinggi untuk memastikan jawatan utama dipegang oleh kroni dan keluarga Anwar Ibrahim semata-mata. Sesiapa yang tidak memiliki KESETIAAN TOTAL kepada Anwar Al-Juburi atau berpotensi untuk mengatasi Anwar dan kroni serta keluarganya.


Melihat dari segi cara Anwar Ibrahim menguruskan parti, kita percaya pemilihan parti PKR pada tahun ini juga tidak banyak perubahan malah perkembangan terbaru dimana Anwar akan melawan isteri kesayangannya Wan Azizah untuk jawatan Presiden PKR.

Oleh itu pertandingan antara suami isteri ini dilihatkan sebagai tidak lebih dari sekadar sandiwara untuk mengelak risiko Wan Azizah dicabar oleh orang lain. Sumber menyatakan bahawa Azmin Ali juga merancang untuk bertanding jawatan Presiden parti tersebut tetapi terpaksa melupakan hasratnya apabila mengetahui Anwar bertanding jawatan Presiden.

Dengan kemenangan Wan Azizah di DUN Kajang, beliau kini dipersiapkan oleh Anwar untuk memegang MB Selangor. Wan Azizah akan menjadi boneka oleh Anwar.

Apa yang pasti, percaturan Anwar langsung tidak melibatkan Khalid Ibrahim. Kita melihat satu-satunya mangsa yang hampir pasti dalam pemilihan PKR kali ini. Khalid Gagap mungkin bakal mengalami nasib seperti Zaid Ibrahim dimana akhirnya akan terpaksa menerima hakikat bahawa parti PKR itu adalah hak milik Anwar anak beranak dan kroni mereka.

Ini tidak menghairankan kerana Khalid Gagap adalah orang pilihan DAP bukan PKR. Kesimpulannya, pemilihan PKR kali ini bolehlah dijadikan ukuran terhadap pengaruh Anwar dan DAP dalam Pakatan Rakyat...

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...