I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 6 October 2014

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" TIDAK BOLEH DIHALANG


Menurut kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad penganjuran pesta arak "Oktoberfest" anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Negara Malaysia ini merupakan sebuah negara yang majmuk.

Sekalipun arak ini yang difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak ini bercanggah dalam Islam, namum penganjuran pesta ini oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang ia dianjurkan untuk orang yang bukan Islam.


Islam mengiktiraf bahawa arak ini tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka yang bukan Islam. Tambahan pula pesta tersebut akan diadakan yang majoriti bukan Islam. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik. Sebenarnya dosa syirik lebih besar berbandingkan arak, namum gereja dan kuil tetap dibenarkan untuk dibina, menurut katanya.

Tambah beliau, lebih 60% kawasan yang dianjurkan itu adalah bukan beragama Islam. Jadi tidak ada sebab untuk menghalang mereka menggadakan acara sebegitu rupa. Cumanya perlu ditegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu, kata beliaunya lagi.

Bolehkah sesetengah orang Islam tidak hadir ke pesta tersebut? Mesti ada orang Islam yang akan hadir ke pesta tersebut. Senang berkata-kata tetapi tidak ada tindakan untuk menghalang. Inikah dinamakan seorang pemimpin Islam dalam parti PAS seolah-olah menghalalkan pesta itu...Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...