I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 20 February 2012

VETERAN KOMANDO MALAYSIA (KVKM) PERAK MENYAHUT SEMBOYAN PERANG!

Pagi ni sempat sekupang menyinggah sekejap ke Hotel 
Hillcity bila seorang sahabat memberitahu bakal ada 
mesyuarat kelab Veteran Komando Perak. Memang teman 
nak sangat tengok wajah-wajah pejuang yang masih 
sayangkan negara dalam keamanan.


Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato' Shamsuddin 
bin Abu Hassan. Komer sepatutnya rasa macamana veteran 
komando ni bila menyanyikan lagu gerak khas. Meremang 
bulu roma bila mendengar suara-suara sebaya ayah-ayah 
kita dengan bangga perjuangan mereka tanpa minta 
sebarang imbuhan sebaliknya keamanan yang kita kecapi
sekarang adalah hasil dari pengorbanan mereka.


Veteran Baret Hijau Perak adalah diantara negeri yang
paling hebat mendapat tentangan diantara negeri oleh 
Komunis yang kini ada pulak yang nak mengagungkan 
kommunis demi kepentingan serta kemenangan parti.
Teman cukup tertarik bila Dato' Shamsuddin memulakan 
ucapan ' Saya amat gementar bila berhadapan dengan 
tuan-tuan bila nak berucap, kerana apa... Saya 
sebenarnya berdepan dengan pejuang, wajah-wajah 
inilah yang memperjuangkan negara dalam keamanannya' 
bagi teman inilah sebenarnya ertikata pejuang bangsa 
yang sebenarnya,bagi teman dapat semangat dema pun 
jadiler...Tak sebagai komando tapi sebagai komando 
perang siber... 
InsyaAllah

1 comment:

  1. Hebat sekupang duas mencanaikan ayat berbisa dgn gundah gulananya. Mmg sbgai insan kita wajib mensyukuri nikmat keamanan ini dek jasa jasa pejuang yg sanggup menggadai nyawa demi ibu pertiwi tercinta. Syabas komando, jasa mu tetap dikenang dan insya ALLAH kerajaan melalui Kementrian Pertahanan sentiasa melihat kewajaran imbalan yg harus dipersembahkan sebagai mengenang jasa utk pertiwi. Insya Allah saya berdoa ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Tq

    ReplyDelete

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...