Assalamualaikum warahmatullahhitaala wabarakatuh,
PKK mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang membantu dan menyokong PKK dari bermula sebagai pemberi komen (TASK FORCE ) sehingga lah mewujudkan blog sendiri, rakan-rakan terutamanya dari Perak Cyber Troopers (PCT) banyak membimbing dan memberi nasihat kearah mewujudkan sehingga blog saya ini terbentuk. Mengambil kira perbincangan dengan rakan-rakan bloggers yang menyedari betapa perlu bersatu dalam satu barisan Bloggers bagi menghadapi Pilihan Raya ke 13 yang sudah cukup tempoh pada 9hb ini yang tidak berapa hari lagi akan dijangkau. Bagaimanapun tidak lah bermakna tarikh tetap untuk PRU 13, ia cuma tempoh yang sudah boleh diadakan atau di isytiharkan PRU 13 oleh kerajaan yang menerajui Negara Malaysia yang tercinta. Mungkin sebelum ini PKK berhijrah dari blog ke blog disamping meninggalkan Komen menjadi aktiviti didalam medan Cyber, tetapi sekarang PKK sudah boleh meletakan sebarang isu menjadi tajuk Utama yang perlu di perdengarkan sebagaimana rakan-rakan bloggers OTAI yang lain terjemahkan.
Dengan keizinan Allah SWT, maka bermula lah Blog yang PKK gelar kan Perghhh KIRI, Perghhh Kanan kerna ayat yang sering saya gunakan bila melihat betapa dahsyatnya pemainan politik dan kebiadapan Insan yang begelar Manusia. semoga kehadiran PKK dapat memeriahkan dan menguatkan lagi barisan Perjuangan Perak Cyber troopers, Bloggers Pembela Negara dan rakan-rakan Bloggers yang lain, INSYALLAH PKK akan terus mendedah dan membongkar segala Fitnah dan Hasad supaya HAK RAKYAT perlu tahu Agenda disebalik mainan Politik kotor.
Terima Kasih kerana bersama Perghhh Kiri, Perghhh kanan! moga-moga menjadik!
No comments:
Post a Comment