I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 31 March 2014

ADUN KAJANG YANG BARU AKAN JADI MB SELANGOR...???


Adakah ADUN Kajang yang baru Dr. Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar Negeri Selangor yang baru...???

Soalan itu sepertinya satu tamparan kepada apa yang berlaku selepas Dr. Wan Azizah diistiharkan memenangi kerusi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang. Soalan itu juga menjadi semakin relevan dan sering ditanya oleh pihak media kepada kepimpinan PKR kerana itulah tujuan asal PRK diadakan...

Menunggu jawpaan rasmi oleh parti itu, tiada dapat menjawabnya pada saat ini meskipun spekulasi mendakwa bahawa Dr. Wan Azizah akan menggantikan tempat Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim GAGAP...

Kekaburan mengenai apa yang berlaku memperlihatkan masalah kepimpinan PR di Negeri Selangor. Sementara yang lain mendakwa salah satu strategi yang betul bagi menghadapi ketidaktentuan sistem demokrasi di Malaysia. Tetapi mereka adalah Demokrasi Terpimpin Kepala Hotak mak bapak mereka..




Wednesday, 27 November 2013

KENAIKAN GAJI MB, SPEAKER, TIMB. SPEAKER & ADUN YANG TIDAK MASUK AKAL


Persidangan DUN Negeri Selangor telah meluluskan kenaikan gaji semua ADUN negeri tersebut berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Dengan kenaikan gaji itu, Perghhh berasa hairan dan terkejut dengan gaji baru untuk timbalan speaker sebanyak 373.3%. Ini semua tidak masuk akal yang dibuat oleh kepimpinan pakatan rakyat Selangor. 


Lihat kenaikan gaji baru oleh pakatan rakyat Selangor yang mementingkan diri mereka sahaja dan bukannya mendahulukan rakyat. Kebajikan rakyat di Negeri Selangor langsung tidak ambil peduli dengan masalah air dan pembangunan rakyat. Inilah cara pentadbiran kerajaan pakatan rakyat mentadbir kerajaan. Gaji Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri rendah berbandingkan gaji MB Selangor. Ini baru jaga negeri belum lagi jaga Negara Malaysia.



Thursday, 14 November 2013

ANWAR TAK LAGI MAMPU UNTUK MEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG


Kemelut dalaman parti-parti Pakatan Rakyat tidak ada kata sehaluan dan sering tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah. Antara ketiga-tiga parti pembangkang, PKR adalah parti yang paling junior dan paling rapuh di negara ini atau "The Weakest Link" walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum tetapi kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.

Ini yang menjadi faktor 2 ADUN PKR dari Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional. Wan Azizah cuba mempertahankan suaminya apa yang berlaku dalaman parti PKR. Kita tengok dan lihat rekod Wan Azizah sebagai Presiden PKR adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan suaminya iaitu Anwar Ibrahim.


Walaupun sudah 2 kali Anwar itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitnya adalah jelas sekali tetapi Wan Azizah menutup mata dan memekakkan telinga dan buat muka bodoh terhadap kebenaran. Menyokong dan taat kepada suami adalah 1 hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi Agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin negara ini.

Mungkin Wan Azizah masih menaruh harapan yang tinggi dan keyakinan bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri suatu hari kelak tetapi malangnya realiti peluang Anwar amat tipis. 



Wednesday, 6 November 2013

KES JENAYAH TERTINGGI DI NEGERI SELANGOR


Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi berbanding negeri-negeri lain pada tahun 2013 ini. Sejumlah 32,348 kes setakat ini yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kes yang tertinggi iaitu dengan kesalahn pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah sebanyak 18,063 kes. Daripada jumlah indeks itu, sebanyak 6,523 kes merupakan jenayah bunuh, rogol dan samun dan selebihnya kes lagi merupakan jenayah harta benda iaitu kes curi, ragut dan pecah rumah.

Premis hiburan seperti kelab malam, mesin judi haram, pusat urut dan pusat hiburan haram banyak terdapat di Negeri Selangor berbandingkan Negeri Pulau Pinang. 


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak boleh lepas tangan dan perlu lakukan sesuatu mengikut kemampuan yang ada. Ini tidak, mereka menyalahkan 100% kepada pihak keselamatan negara dan Kerajaan BN.



Sunday, 7 April 2013

FATWA NIK AZIZ YANG TERKINI...APA DAH JADI DENGAN ORG TUA NYANYUK NI...???


Nik Aziz kini membuat fatwa yang terbarunya iaitu TIADA PAHALA BAGI SOLAT ORANG UMNO. Inikah pemimpin PAS yang digelar Tok Guru dalam agama tetapi dengan kenyataan sebegitu rupa seolah-olah meminta orang Islam menjadi murtad.

PAS adalah parti yang tidak memperjuangkan agama Islam tetapi adalah mempergunakan agama Islam dalam politik untuk mendapat kuasa yang tidak akan kesampaian. Tan Sri Muhiyiddin membuat kenyataan PAS bukan Parti Islam SeMalaysia tetapi Parti Ajaran Sesat.

UMNO tidak pernah menolak Islam. Jika UMNO tolak Islam bermakna menolak Allah S.W.T. Apa bezanya solat UMNO tidak dapat pahala diatas parti yang dikatakan menolak Islam...??? Adakah orang UMNO bukan beragama Islam??? Nik Aziz sebenarnya sudah lama nyanyuk dalam politik sekarang ini yang makin moden dan milineum. 


Nik Razi adik kepada siTua nyanyuk Nik Aziz berdoa kepada Allah supaya menJAHANAMkan UMNO/BN dalam mengerjakan solat hajat di Stadium Kelantan yang lepas. PAS sudah tidak relevan dalam politik semasa di Malaysia ini. PAS mempergunakan Islam demi kepentingan individu yang inginkan kuasa untuk menjatuhkan orang Islam itu sendiri...






Monday, 1 April 2013

LIM KIT SIANG INGIN TAWAN JOHOR...???


PRU 13 ini adalah sengit bagi semua parti dalam negara Malaysia ini. Penasihat DAP Malaysia ini berhajat bertanding dinegeri kelahirannya iaitu Negeri Johor Darul Takzim dikawasan Parlimen Gelang Patah. Dengan hasrat Lim Kit Siang itu membuatkan rakyat Negeri Johor menyokong beliau untuk menang kerusi tersebut dan berjaya memerintah Negeri Johor sepertimana Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP yang diterajui oleh anak kesayangannya iaitu Lim Guan Eng. 


Rakyat Negeri Johor tidaklah sebodoh Lim Kit Siang dan membenarkan DAP memerintah pentadbiran kerajaan negeri kerana Johor adalah kubu kuat BARISAN NASIONAL (BN). Jika Lim Kit Siang kalah dalam PRU 13 ini nanti dikerusi Gelang Patah bermakna terkuburlah karier politik anti Islam ini dalam arena politik Malaysia. 


Bukan senang Johor nak UBAH dan TUKAR sepertimana slogan pakatan rakyat itu. Pemikiran Lim Kit Siang tidak ubah seperti Nik Aziz yang sudah tua lagi nyanyuk. Sudah lama Lim Kit Siang ini berada dalam politik dinegara ini dari sejak tahun 1964 hingga kini. Taktik Lim Kit Siang ingin mendapat Negeri Johor kerana beliau ingin membentuk republik dan bergabung dengan Singapura menjadi satu negara serta Pulau Pinang. Tapi ia tidak akan menjadi...PERCAYALAH

Thursday, 28 March 2013

TARIAN RONGGENG NURUL IZZAH...???


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan adegan anak sulung Anwar Al-Juburi iaitu Nurul Izzah yang membuat tarian ronggeng. Ntah malu atau tidak PKR kerana perangai dan tembelang Anwar sudah terdedah dengan klip-klip video yang berkaitan dengan Anwar dan Nurul Izzah tidak mungkin dapat menghilang pengetahuan orang ramai tetang Anwar dan anak perempuannya. Perangai buruk anak beranak itu tidak dapat dihilangkan dengan taktik melambakkan cerita dan persepsi kononnya mereka telah menjadi fitnah oleh UMNO/BN.

Tiada sesiapayang tidak tahu tentang kejalangan kedua-dua beranak itu. Hanya ahli-ahli dan penyokong-penyokong setia pencacai najis PKR sahaja yang masih berusaha membuat penafian sekalipun disudut hati mereka, pelakuan buruk dan moral rendah kedua-dua beranak.

Yang jelas sekali ia cuba mengaitkan UMNO/BN dalam klip-klip video yang akan bakal menjejaskan reputasi Nurul Izzah itu. Sebenarnya PKR sedang mengukuhkan kedudukannya bersama-sama barisan Azmin Ali.  Kumpulan menyokong Wan Azizah dan Nurul Izzah semakin terpinggir dan sedang ditransformasikan dengan kaedah yang amat gemar dilakukan oleh PKR iaitu hanyalah FITNAH...


MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...