I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 5 November 2014

MAMPUKAH RAFIZI BERHADAPAN DENGAN AZMIN...???



Ada satu masalah dengan orang yang bergantung kepada orang lain untuk survival dalam hidup bila orang itu jatuh, dia pun akan ikut jatuh sekali. Ini masalah dengan Rafizi sekarang. Selama hari ini dia macam anak emas dibelai oleh Anwar Al-Juburi sehingga dapat macam-macam keistimewaan termasuk catat jadi Setiausaha Agung walaupun dah menang jawatan Naib Presiden.

Dengan Anwar bakal masuk ke dalam, apakah Rafizi bersedia berhadapan dengan dominasi Azmin yang kian kuat setelah cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor tercapai.


Persoalan ini bila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan salinan email yang didakwa dihantar oleh Rafizi kepada Anwar dimana kandungannya jelas menunjukkan kebimbangan Rafizi keatas kekuatan pengaruh Azmin. Email yang sama juga memberitahu kita bahawa yang PKR pakat-pakat kata perlantikkan Azmin tidak ikut undang-undang tubuh negeri itu adalah datang dari Rafizi bukan peguam atau pakat perlembagaan yang bersepah dalam parti tersebut.


Satu Malaysia tahu Anwar sekarang ini sudah sampai tahap tepu. Bnayak benda dalam parti itu diserahkan kepada orang lain untuk menguruskannya dengan dia hanya masuk campur pada perkara-perkara tertentu sahaja seperti bila ura-ura jawatan bininya sebagai Presiden nak dicabar oleh Azmin.

Diperingkat Pakatan Rakyat pun sama. Anwar gagal selesaikan masalah dengan PAS sehingga kemelut Menteri Besar Selangor berpanjangan dan buat banyak kerosakan kepada imej Pakatan Rakyat yang rapuh itu. Dah lah itu pertubuhan haram pulak.

Tapi nasib Rafizi selepas ini (kalau Anwar ke dalam) belum tahu lagi macamana. Nak-nak dengan Azmin yang semakin mengukuh kedudukkannya. Agak-agaknyalah berbanding dengan benda lain, itulah yang paling Anwar runsingkan sekarang ini.

Tuesday, 21 October 2014

OKTOBERFEST ; NAK TAHU DUNGUNYA PAS, WAKTU INILAH...



Setiap kali ada artis luar negara yang datang mengadakan persembahan di negara ini, majoriti darinya akan disambut Pemuda PAS dengan demontrasi-demontrasi dihadapan pintu masuk konsert, membantah persembahan tersebut. Ada saja alasan, tak sesuailah, artis itu macam inilah, macam itulah dan sebagainya. Macam konsert Mariah Carey yang nak diadakan nantilah, dah PAS melaung-laung PAS meminta konsert tersebut dibatalkan atas alasan maksiat dan sebagainya.

Tapi bila pesta arak, Oktoberfest diadakan di negeri dimana mereka adalah salah satu pemenang kerusi terbanyak (disamping DAP), PAS tiba-tiba jadi DUNGU. Gedebung gedebang macam nak rak, tapi pesta 3 hari itu berjaya dilangsungkan tanpa kelibat PAS membantah mahupun berdemontrasi.

Kenapa??? Segan dengan pemimpin Pakatan yang ramai dalam itu ke atau MISS SORU ke atau apa...???


Padahal, terang-terang acara itu HARAM walaupun ada permit. Nak ikutkan persembahan artis luar negara itu pun ada permit juga. Tapi PAS peduli apa, demo tetap diadakan sebab isunya bukan ada permit tak ada permit. Tapi sebab agama. KONONnyalah.

Memanglah Oktoberfest ini untuk bukan Islam, tapi apa bezanya dengan buka kasino di Genting untuk bukan Islam juga kenapa PAS jadikan isu politik? Yang nak tengok konsert pun ramai juga bukan Islam, tapi kenapa PAS memekak?

Jadi penulis katakan, ini semua bukan sebab agama tapi sebab politik. Apa benda yang BN luluskan dan tak kena dengan PAS, dia pasti bantah. Sebaliknya bila apa benda pun yang Pakatan luluskan, walaupun tak kena dengan PAS parti itu tiba-tiba jadi bodoh macam tugu/kayu dan sebagainya.

Lebih kurang kesimpulan, PAS beramal bukan ikut agama tapi ikut parti.

Rakyat perlu ambil maklum atas perkara inilah antara sebab yang boleh penulis fikirkan kenapa ALLAH S.W.T. tak izinkan PAS menjadi pemerintah di negara ini walaupun didakwa memperjuangkan agama sebab PAS ini parti HIPKORIT.


Alasan PAS konon Oktoberfest ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan pun tak boleh dipakai sebab. Katakanlah penganjur Oktoberfest ini hendak adakan pesta arak di Kelantan dan disokong Kementerian Pelancongan, agak-agak PAS akan anjurkan ke sebab Kementerian Pelancongan sokong???

Tidak juga sebab permit akhirnya terletak di tangan PBT (sebut kerajaan negeri) pedulilah siapa sokong atau tidak. Jadi, berhentilah bagi alasan yang kurang CERDIK...

Monday, 6 October 2014

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" TIDAK BOLEH DIHALANG


Menurut kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad penganjuran pesta arak "Oktoberfest" anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Negara Malaysia ini merupakan sebuah negara yang majmuk.

Sekalipun arak ini yang difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak ini bercanggah dalam Islam, namum penganjuran pesta ini oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang ia dianjurkan untuk orang yang bukan Islam.


Islam mengiktiraf bahawa arak ini tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka yang bukan Islam. Tambahan pula pesta tersebut akan diadakan yang majoriti bukan Islam. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik. Sebenarnya dosa syirik lebih besar berbandingkan arak, namum gereja dan kuil tetap dibenarkan untuk dibina, menurut katanya.

Tambah beliau, lebih 60% kawasan yang dianjurkan itu adalah bukan beragama Islam. Jadi tidak ada sebab untuk menghalang mereka menggadakan acara sebegitu rupa. Cumanya perlu ditegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu, kata beliaunya lagi.

Bolehkah sesetengah orang Islam tidak hadir ke pesta tersebut? Mesti ada orang Islam yang akan hadir ke pesta tersebut. Senang berkata-kata tetapi tidak ada tindakan untuk menghalang. Inikah dinamakan seorang pemimpin Islam dalam parti PAS seolah-olah menghalalkan pesta itu...Renung-renungkanlah...

Monday, 29 September 2014

MAT SABU LEBIH BIJAK DAN JUJUR DARI HADI AWANG


Demi mempertahankan amalan nepotisme DS Anwar Ibrahim, DAP dan PKR berterusan menyerang DS Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan Presiden PAS itu yang bertegas bahawa DS Dr. Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.


Paling biadab apabila bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu bertindak membandingkan kebijaksanaan Hadi Awang dengan Mat Sabu selain menyifatkan pihak yang menyokong Presiden PAS itu adalah sebahagian daripada elemen tidak masuk akal.


Malah tanpa segan silu, Ronnie Liu yang sebelum ini terkenal sebagai tokoh DAP Selangor yang paling lantang dan gangster menentang beberapa usaha Kerajaan Selangor memerangi kemungkaran mengganggap Mat Sabu sebagai tokoh PAS yang jauh lebih bijak dan jujur dan tidak seperti Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Thursday, 29 May 2014

TIADA UCAPAN TAKZIAH RASMI KEMANGKATAN SULTAN PERAK : BUKTI DAP MENENTANG INSTITUSI RAJA-RAJA


Melihat dari cara DAP menerima berita kemangkatan Sultan Perak, rasanya tidak salah jika kita menuduh mereka sebagai pendatang. Jika kematian Karpal Singh ditangisi dan diberi penghormatan tertinggi tetapi berita kemangkatan Sultan Perak diterima dengan sikap acuh tak acuh sahaja oleh para pemimpin DAP.

Dikalangan penyokong DAP juga ramai yang mengambil sikap sinis mengenainya. Tiada ucapan takziah rasmi dari blog Lim Kit Siang mahupun pemimpin utama DAP lain. Apapun sikap yang dipertontonkan oleh DAP ini tidaklah mengejutkan kerana parti itu sememangnya menentang Institusi Raja-Raja. Jika masih ada orang-orang Melayu yang terpedaya dengan penafian DAP bahawa mereka tidak ingin menghapuskan Raja-raja maka wajarlah mereka memikirkannya semula.

Perjuangan DAP ingin menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara didalam perlembagaan bukanlah isu baru. Memandangkan Raja-raja merupakan benteng kepada klausa ini maka benteng itu tentulah perlu diruntuhkan dahulu jika DAP ingin mencapai objektif tersebut. 


Penentangan terhadap Institusi Raja ini diluahkan dengan terlebih dahulu mempersoalkan kewujudan Rejimen Askar Melayu  DiRaja (RAMD) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Strategi DAP ialah apa-apa sahaja yang dibawah naungan Raja-raja perlu diserang dan diburuk-burukkan selalu. Matlamat akhirnya dalah untuk membangkitkan rasa sangsi dan benci terhadap Institusi Raja-raja.

Malang sekali ramai orang-orang Melayu yang terpedaya dan turut mengikut rentak DAP. Sangka mereka DAP benar-benar ingin memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan. Apa yang mereka tidak sedar ialah DAP hanya ingin memperjuangkan Ketuanan Cina. DAP tidak akan senang selagi negara ini diperintah oleh Melayu dan Islam. 

Jika Hanya keadilan dan kesaksamaan yang menjadi perjuangan DAP, maka kenapakah pernah terjadi DAP enggan memakai baju istiadat didalam Dewan atas alasan ia melambangkan Melayu dan Islam...???

Jika ketidakadilan atau rasuah yang menjadi perjuangan DAP, maka kenapakah Pulau Pinang penuh dengan ketidakadilan dan rasuah juga??? Penindasan terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang kini tidak lagi menjadi rahsia malah dilakukan secara terbuka. Bukan sekali kita melihat tunjuk perasaaan akibat tidak puas hati dengan ketidaktelusan DAP dalam mentadbir negeri. Lebih dari itu, kedudukan CEC DAP yang masih lagi belum sah menunjukkan yang parti itu sememangnya tidak telus dan teramat kotor sekali.

Ini merupakan bukti jelas bahawa yang menjadi masalah kepada DAP bukanlah ketidaktelusan atau ketidakadilan kerajaan BN tetapi Islam atau Melayu itu sendiri yang terikat kemas pada Institusi Raja-Raja Melayu.

DAULAT TUANKU : RAJA DR. NAZRIN SHAH DIMASYHURKAN SEBAGAI SULTAN PERAK KE-35


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah anakanda Baginda Sultan Azlan Shah mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala kangsar sebentar tadi bagi mengambil tampuk pemerintahan di Negeri Perak menggantikan  Almarhum Ayahanda Baginda Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.


Suasana hiba dan sedih menyelubungi suasana Balai Rong Seri tatkala Baginda melafazkan sumpah sebentar tadi. 


Sultan Perak yang baru, Raja Dr. Nazrin Shah mencium keranda Ayahanda Baginda untuk kali terakhir selepas bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

DAULAT TUANKU


PAS JUAL ISLAM UNTUK DAPAT SOKONGAN DAP...


Keputusan PAS untuk tidak meneruskan hasratnya membentangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan tidak memeranjatkan malah sudah dijangka. Sekali lagi PAS membuktikan kepada rakyat bahawa agenda politiknya lebih penting daripada perjuangannya membela Islam. Maka PAS tidak ubahlah seperti parti sekular yang lain seperti sekutunya PKR dan DAP yang tidak mempunyai agenda agama dalam perjuangan.

Ini tidak memeranjatkan kerana sememangnya kedua parti tersebut menjiwai nilai-nilai sekular. Bagi PKR dan DAP agama adalah penghalang kepada kemajuan kehidupan manusia maka ia harus diketepikan. Pemimpin awal PAS menuduh UMNO tidak Islamik dan memgikut sistem penjajah inggeris. Mereka mendadik dada bahawa parti merekalah yang sebenar-benarnya mengamalkan Islam serta memperjuangkan prinsip-prinsip agama tanpa campuran nilai-nilai sekular.

Maka PAS menjadikan prinsip menegakkan negara Islam sebagai satu-satunya tunggak utama perjuangan parti itu. Bagaimanapun setelah lebih lima dekad kewujudannya. PAS sudah semakin jauh daripada perjuangan asal malah sudah mendekati rupabentuk sebuah parti sekular menidakkan nilai-nilai negara.

UMNO yang dilemparkan bermacam-macam fitnah dan tomahan kotor oleh PAS selama ini tetap beristoqomah mempertahankan kesucian Islam serta giat membangunkan taraf sosio-ekonomi Islam di negara ini.

PAS tinggal sebagai parti yang hanya pandai berkokok dan berpolitik siang malam tanpa memikir sedikitpun untuk membela nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Dari dahulu sehingga kini PAS hanya layak dipanggil sebagai parti pilihanraya kerana ketika musim mengundi sahaja parti itu akan muncul dan berlagak seolah-olah parti pilihan rakyat. PAS melalui masalah identiti yang kritikal sejurus menyertai pakatan pembangkang dengan DAP dan PKR.


Jika dahulu ramai melihat PAS sabagai parti yang lebih lama berjuang dalam arena politik berbanding DAP dan PKR akan sedikit sebanyak mempengaruhi dasar atau pendirian pakatan pembangkang perihal Islam dan isu-isu berhubung kepentingan agama dan umat Islam. Malangnya sebaliknya apa yang berlaku PAS pula dilihat semakin tunduk dan rela diperkudakan oleh dua sekutunya hinggakan dilabelkan sebagai keldai atau barua DAP dan PKR.

Setiap sesuatu yang disuarakan oleh DAP khusunya PAS sama sekali tidak berani menaikkan kepala tetapi tunduk sebagai hamba parti rasis itu. Dalam isu hukum hudud pada mulanya PAS memberi harapan kepada ahli dan penyokongnya bahawa parti itu akhirnya berpeluang membuktikan kepada rakyat ia benar-benar serius mahu melaksanakan apa yang telah diperjuangkan lebih 50 tahun.

Malangnya apabila DAP mengancam untuk menendangnya keluar daripada pakatan pembangkang, pemimpin PAS mula mengeletar lutut dan akhirnya rebah ke bumi sujud kepada DAP buat sekian kalinya. PAS tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia berjuang untuk Islam kerana demi politik ia sanggup membelakangkan agama.

Malah PAS tidak teragak-agak untuk menjual Islam kepada DAP dan PKR sekiranya ini bermakna mereka boleh mendapat lebih kerusi dalam pilihanraya. PAS akan terus kekal sebagai parti pilihanraya kerana itulah kekuatan dan keistimewaan dari dahulu hingga sekarang.

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...