I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 29 May 2014

PAS JUAL ISLAM UNTUK DAPAT SOKONGAN DAP...


Keputusan PAS untuk tidak meneruskan hasratnya membentangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan tidak memeranjatkan malah sudah dijangka. Sekali lagi PAS membuktikan kepada rakyat bahawa agenda politiknya lebih penting daripada perjuangannya membela Islam. Maka PAS tidak ubahlah seperti parti sekular yang lain seperti sekutunya PKR dan DAP yang tidak mempunyai agenda agama dalam perjuangan.

Ini tidak memeranjatkan kerana sememangnya kedua parti tersebut menjiwai nilai-nilai sekular. Bagi PKR dan DAP agama adalah penghalang kepada kemajuan kehidupan manusia maka ia harus diketepikan. Pemimpin awal PAS menuduh UMNO tidak Islamik dan memgikut sistem penjajah inggeris. Mereka mendadik dada bahawa parti merekalah yang sebenar-benarnya mengamalkan Islam serta memperjuangkan prinsip-prinsip agama tanpa campuran nilai-nilai sekular.

Maka PAS menjadikan prinsip menegakkan negara Islam sebagai satu-satunya tunggak utama perjuangan parti itu. Bagaimanapun setelah lebih lima dekad kewujudannya. PAS sudah semakin jauh daripada perjuangan asal malah sudah mendekati rupabentuk sebuah parti sekular menidakkan nilai-nilai negara.

UMNO yang dilemparkan bermacam-macam fitnah dan tomahan kotor oleh PAS selama ini tetap beristoqomah mempertahankan kesucian Islam serta giat membangunkan taraf sosio-ekonomi Islam di negara ini.

PAS tinggal sebagai parti yang hanya pandai berkokok dan berpolitik siang malam tanpa memikir sedikitpun untuk membela nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Dari dahulu sehingga kini PAS hanya layak dipanggil sebagai parti pilihanraya kerana ketika musim mengundi sahaja parti itu akan muncul dan berlagak seolah-olah parti pilihan rakyat. PAS melalui masalah identiti yang kritikal sejurus menyertai pakatan pembangkang dengan DAP dan PKR.


Jika dahulu ramai melihat PAS sabagai parti yang lebih lama berjuang dalam arena politik berbanding DAP dan PKR akan sedikit sebanyak mempengaruhi dasar atau pendirian pakatan pembangkang perihal Islam dan isu-isu berhubung kepentingan agama dan umat Islam. Malangnya sebaliknya apa yang berlaku PAS pula dilihat semakin tunduk dan rela diperkudakan oleh dua sekutunya hinggakan dilabelkan sebagai keldai atau barua DAP dan PKR.

Setiap sesuatu yang disuarakan oleh DAP khusunya PAS sama sekali tidak berani menaikkan kepala tetapi tunduk sebagai hamba parti rasis itu. Dalam isu hukum hudud pada mulanya PAS memberi harapan kepada ahli dan penyokongnya bahawa parti itu akhirnya berpeluang membuktikan kepada rakyat ia benar-benar serius mahu melaksanakan apa yang telah diperjuangkan lebih 50 tahun.

Malangnya apabila DAP mengancam untuk menendangnya keluar daripada pakatan pembangkang, pemimpin PAS mula mengeletar lutut dan akhirnya rebah ke bumi sujud kepada DAP buat sekian kalinya. PAS tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia berjuang untuk Islam kerana demi politik ia sanggup membelakangkan agama.

Malah PAS tidak teragak-agak untuk menjual Islam kepada DAP dan PKR sekiranya ini bermakna mereka boleh mendapat lebih kerusi dalam pilihanraya. PAS akan terus kekal sebagai parti pilihanraya kerana itulah kekuatan dan keistimewaan dari dahulu hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...