I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 25 May 2014

APA HAK DYANA SOFYA BERCAKAP TENTANG PELUANG SAMARATA...???


Dyana Sofya calon DAP di PRK Teluk Intan mungkin akan lebih dihormati jika beliau menggunakan pendekatan lain dalam kempennya. Dyana boleh menunjukkan sedikit kredibiliti dan kesedaran dengan menyentuh isu-isu tempatan tetapi sebaliknya. Beliau memilih untuk menggunakan sepenuh tenaganya untuk berkempen membuktikan betapa beliau seorang yang "anti-semangat-nasionalis-Melayu" tulen.

Dalam Dyana melaungkan perjuangan untuk semua bangsa, beliau telah menolak untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan bumiputera serta mengutuk sesiapa sahaja yang melakukannya. Dyana mempersoalkan UiTM kerana memberi kelebihan kepada bumiputera tetapi beliau tidak pula mengutuk UTAR memberi kelebihan kepada kaum Cina dan menegaskan bahawa beliau juga menentang pendidikan berasaskan kaum tetapi pula menentang kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Bagi membela diri nya, beliau menyatakan bahawa beliau mencadangkan sebuah institusi yang sama seperti UiTM iaitu memberikan pendidikan yang murah dan berkualiti untuk semua bangsa bagi menepati prinsip peluang samarata.


Jelas Dyana bersikap idealistik dan gagal melihat bahawa kesamarataan total tidak membawa kepada keadilan untuk semua. Tidak selagi adanya iklan kerja kosong yang tertulis Mandarin diutamakan dan tidak selagi pihak pengurusan tertinggi disektor swasta oleh satu kaum sahaja iaitu Cina.

Bercakap tentang peluang samarata, Dyana sepatutnya lebih mengetahiu bahawa tidak semua mereka yang rajin, berkelayakan dan bijak akan mendapat apa yang mereka rasa layak. Jika tidak bagaimana seorang gadis muda yang tidak berpengalaman dan mendapat pendidikan dengan menggunakan Hak Keistimewaan Bumiputera diberi peluang untuk bertanding PRK?

Malah bagaiman beliau menjadi Setiausaha Politik kepada MAHARAJA DAPig. Sedangkan ramai lagi yang telah berkhidmat lebih lama dengan DAP dan mempunyai rekod pengalaman politik yang luas. Jadi kenapa 
Dyana??? Tentu sekali bukan kerana merit atau rajin.

Dengan menggunakan kelebihannya sebagai melayu untuk memasuki UiTM dan kemudian menggunakan kelebihan yang sama untuk mengatasi semua individu lain yang lebih layak didalam DAP untuk menjadi Setiausaha kepada Lim Kit Siang dan akhirnya calon PRK semata-mata kerana DAP ingin mengaburi hakikat sikap perkauman mereka.

Dengan jalan hidup sebegini, apakah kelayakan Dyana untuk bercakap mengenai hak samarata, kesamarataan total atau merit...???

No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...