I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 18 May 2014

DYANA SOFYA BERTANDING PRK TELUK INTAN SEBAGAI PENGKHIANAT ATAU PENYELAMAT...???


DAP adalah sebuah parti rasis Cina _ Ini hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang waras dalam dunia ini. Biarpuan ia mengakui sebagai parti berbilang bangsa, namun ketiadaan wakil kepimpinan dari kaum lain membuktikan bahawa ia sebuah parti rasis. Malah DAP adalah jauh lebih rasis dari MCA yang merupakan parti 100% kaum Cina kerana MCA berpegang kepada semangat kerjasama dengan kaum lain dibawah payung Barisan Nasional manakala DAP tidak akan berkerjasama dengan mana-mana kaum bukan Cina melainkan DAP jika mampu menguasai mereka.

Ini terbukti apabila kesemua kaum didalam DAP perlu mempunyai semangat memperjuangkan kaum Cina serta mengenepikan kesan dan akibat terhadap kaum sendiri. Contohnya, Professor Amin Omar yang baru-baru ini menghentam UiTM sebagai universiti komunis demi untuk memperjuangkan ketuanan Cina. Dan seorang lagi iailah Dyana Sofya iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, graduan UiTM yang memperjuangkan UiTM dibuka kepada kaum bukan Melayu.

Kedua-dua mereka langsung tidak mengambil peduli tentang kaum Melayu, tentang hakikat bahawa orang Melayu kurang berkemampuan dan ditindas pula dalam sektor swasta dan perniagaan. Semakin lantang seseorang itu memperjuangkan kaum Cina, semakin bersinarlah bintangnya didalam DAP. Dyana Sofya merupakan antara bintang itu dan diiktiraf sendiri oleh media-media pro-DAP. Hebatnya Dyana Sofya dimata DAP sehinggakan beliau diletakkan sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.


Pecahan kaum Melayu dan Cina yang hampir seimbang memperlihatkan DAP mengambil risiko untuk letakkan Dyana Sofya sebagai Calon PRK Teluk Intan. Risiko ini bukan sahaja berdasarkan hakikat bahawa Dyana bukan seorang kaum Cina. Tetapi juga kerana beliau merupakan anak kepada Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh Barat. Darah UMNO didalam diri Dyana cukup kental dan bagi DAP untuk meletakkan kepercayaan kepadanya amatlah menghairankan.

Namun, apa yang Dyana gagal melihat dan belajar ialah apa yang berlaku kepada Tunku Aziz iaitu seorang yang terkenal dengan integriti dan prinsip yang teguh juga telah meninggalkan DAP buat selama-lamanya. Beliau mengaku terpedaya beberapa lama sebelum akhirnya tersedar yang beliau telah tersilap besar meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap DAP. Dyana nampaknya gagal mengambil apa-apa pengajaran dari episod Tunku Aziz.

Atas hakikatini, tentulah Dyana begitu BODOH sekali jika masih lagi ingin mengabdikan diri kepada DAP sehinggakan sanggup menentang kaum sendiri. Oleh itu soalnya disini ialah apakah Dyana yang sedang diperbodohkan atau yang sedang memperbodohkan DAP...???




No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...