I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 27 May 2014

KERANA POLITIK PAS SANGGUP SOKONG CALON DAP TOLAK HUDUD...


Tindakan PAS menyokong kempen calon DAP bagi PRK Teluk Intan adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud. Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakata pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing. 

Ini satu desakan politik walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam pakatan rakyat. Bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain. 


Inilah perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud dia tetap disokong oleh Hadi Awang (Presiden PAS) kerana soal prinsip dan bukan lagi menjadi satu pegangan utama.

Hadi Awang yang kini turun padang dalam PRK Teluk Intan ini untuk menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolok hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.



No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...