I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 20 May 2014

ALLLAH MENGUJI PENGUNDI ISLAM DI PRK P.076 TELUK INTAN


PRK Teluk Intan menunjukkan satu pertandingan yang unik pada kali ini. Barisan Nasional konsisten dengan semangat setiakawan meletakkan calon dari GERAKAN iaitu Dato' Mah Siew Keong yang pernah bertanding pada PRU13 yang lepas.

DAP pula beria-ia benar mahu menarik perhatian pengundi Melayu apabila mencuba nasib dengan meletakkan calon Melayu bertanding pada PRK Teluk Intan ini. DAP optimis yang mereka akan porelehi undi yang besar dikalangan orang Cina tanpa melihat siapa calon dan disebabkan itulah calon Melayu perlu diketengahkan oleh DAP jika mahu memecahkan undi Melayu dalam PRK ini.

PRK ini beranggapan ALLAH sedang menguji pengundi PAS yang selama ini menuduh UMNO adalah parti kafir dan jahil. Selama ini setiap PRU PAS akan dendangkan hukum Hudud dipentas ceramah. Apa ayat dalam setiap ceramah PAS??? UMNO tolak Hudud dan Hudud itu hukum ALLAH. Ini bermakna UMNO tolak ALLAH dan sesiapa mengundi UMNO menempah tempat ke neraka. Ayat itulah berulang-ulang kali dimainkan oleh para penceramah PAS yang memburukkan UMNO biarpun UMNO tidak pernah keluarkan kenyataan menolak Hudud.

Apa yang berlaku di PRK Teluk Intan sekarang ini, calon yang mewakili DAP adalah Melayu. Calon ini juga secara terang mengeluarkan kenyataan menolak Hudud dan akan berjuang dalam Parlimen untuk tidak menyokong Hudud dilaksanakan di Malaysia.


Sebagai penyokong PAS apakah mereka sedar yang ini ujian dari ALLAH untuk dibuat pertimbangan secara rasional. Jika dulu beria benar mereka kata UMNO jahil kerana tidak menyokong Hudud tapi hari ini calon pihak mereka yang juga orang Melayu Islam menolak hukum ALLAH. Jika Dyana Sofya menang di PRK Teluk Intan ini dengan membawa mesej "Menolak HUDUD" dan ini menjadikan DAP lebih kuat untuk terus menentang hukum Hudud di Malaysia. Apa yang tidaknya, Dyana secara terang berkempen menolak Hudud, tapi ahli PAS tetap kibarkan bendera DAP dan berikan undi pada DAP.

PAS selama ini membohongi pengikutnya dengan hukum Hudud. Harap ujian dari ALLAH di Teluk Intan ini membuka hati-hati pengundi Melayu Islam bukan sahaja di Teluk Intan tetapi seluruh negara yang mengikuti perkembangan PRK Teluk Intan.

No comments:

Post a Comment

MUNGKIN INI YANG DICARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...